1 |
Author(s):
Roziah Mohamed, Nur Anizah Aziz.
Page No : 1-14
|
CABARAN DALAM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI KARIAH MASJID DI SEMENANJUNG MALAYSIA (Challenges in the Management and Administration of Kariah Masjid Co-operatives in Peninsular Malaysia)
Abstract
Koperasi kariah masjid (KKM) merupakan salah satu cabang koperasi kluster komuniti yang
disasarkan dalam Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020, Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM). Penelitian awal menunjukkan bilangan KKM masih kecil dan aktiviti yang dijalankan
juga terhad. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi meneliti profil serta mengenal pasti cabaran
dalam mengurus dan mentadbir KKM di Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah
kualitatif melibatkan lapan buah koperasi yang dipilih berdasarkan kriteria pemilihan khusus.
Responden kajian terdiri daripada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan staf pengurusan
koperasi. Data kajian diperoleh melalui temu bual bersemuka bersama responden yang direkodkan
secara audio dan juga bertulis. Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data temu
bual, hasil pemerhatian dan kandungan dokumen berkaitan. Kesemua koperasi yang terpilih
ialah koperasi fungsi pengguna dan perkhidmatan, serta mempunyai 200-500 orang anggota.
Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat enam cabaran utama yang dihadapi oleh KKM, iaitu
pendidikan koperasi, kepimpinan, kerjasama, persaingan perniagaan, kewangan dan kelestarian.
Kurangnya pendedahan tentang pendidikan koperasi menyebabkan kesukaran untuk menarik
anggota baharu, dan seterusnya menyumbang kepada masaalah kurang pengetahuan, keyakinan
dan minat dalam kalangan anggota sedia ada terhadap koperasi. Isu kepimpinan merangkumi
masalah kurang persefahaman antara ALK, kesukaran mendapat kerjasama dari AJK masjid
dan Jabatan Agama Islam negeri, manakala ALK sukar memberikan komitmen yang diharapkan
atas kekangan tugas hakiki masing-masing.
2 |
Author(s):
Azmaliza Arifin, Amalina Ibrahim, Nur Anizah Aziz.
Page No : 15-30
|
PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP KOPERASI (Perception of Community towards Cooperative)
Abstract
Kajian ini dilaksanakan oleh MaktabKoperasi Malaysia (MKM) untuk menilai persepsi masyarakat
terhadap peranan koperasi dan manfaatnya, di samping mengenal pasti program latihan dan
pendidikan yang sesuai untuk pembangunan modal insan. Masyarakat merujuk kepada anggota
koperasi, golongan belia dan penduduk setempat. Kajian ini merupakan satu tinjauan awal
melibatkan peserta Program Lestari Modal Insan Koperasi (LMIK) anjuran MKM daerah
Kemaman dan daerah Dungun, Terengganu. Objektif khusus kajian ialah untuk meneliti profil para
peserta dan mengenal pasti persepsi mereka terhadap koperasi. Data kajian diperoleh melalui
soalselidik melibatkan 440 orang peserta program berkenaan. Responden anggota koperasi (299
responden; 68%) lebih ramai berbanding anggota koperasi (141 responden; 32% ). Empat elemen
digunakan untuk menilai persepsiresponden terhadap koperasi, iaitu, pengetahuan,sikap, tingkah
laku dan ekonomi. Kajian menunjukkan secara purata, anggota koperasi beranggapan mereka
mempunyai pengetahuan tentang koperasi, mempunyai sikap yang positif terhadap koperasi,
mempunyai tingkah laku yang mendorong ke arah pembangunan koperasi dan mempunyai
pandangan yang positif bahawa koperasi dapat membantu dalam hal kewangan untuk menangani
kossara hidup, meningkatkan taraf ekonomi dan membantu masyarakat berpendapatan rendah.
Sebaliknya,responden bukan anggota mempunyai tahap kesedaran terhadap koperasi yang lebih
rendah, kurang mempamerkan sikap positif terhadap koperasi serta kurang menyertai aktiviti
yang dijalankan koperasi. Namun, mereka berpandangan positif bahawa koperasi membantu
masyarakat daripada segi ekonomi. Oleh itu, kesedaran tentang manfaat berkoperasi ini perlu
diperluaskan untuk menarik minat masyarakat menyertai atau menubuhkan koperasi.
3 |
Author(s):
Azmaliza Arifn, Nur Anizah Aziz.
Page No : 31-50
|
KOMPETENSI PENGURUS: SATU KAJIAN KES KOPERASI TERBAIK MALAYSIA (Manager’s Competency: A Case Study of Best Cooperatives in Malaysia)
Abstract
Pengurus memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kelancaran sesebuah
organisasi serta mewujudkan perancangan yang berkesan. Pengurus yang mempunyai ciri-ciri
kepimpinan yang tinggi, berhemah dan berintegriti mampu mempengaruhi dan memberi inspirasi
kepada individu-individu lain untuk memberikan khidmat terbaik. Dasar Koperasi Negara
(DKN, 2011-2020) menerusi teras strategik ketiganya memberi penekanan kepada meningkatkan
profesionalisme di kalangan pengurus koperasi. Bermakna, jawatan ini sangat penting kepada
pembangunan perniagaan koperasi. Namun, masih terdapat koperasi yang kurang memberi
penekanan terhadap perkara ini. Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi memperihalkan bidang
tugas pengurus koperasi dan mengenal pasti tahap kompetensi para pengurus koperasi kluster
besar dan sederhana daripada segi pengetahuan, kemahiran, dan kemampuan. Kawasan kajian
ialah Semenanjung Malaysia sahaja dan sampel sasaran ialah lapan buah koperasi yang dipilih
dari koperasi yang tersenarai dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik selama tiga tahun berturutturut, 2015-2017. Ini merupakan satu kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Data kajian
diperolehi melalui temu bual bersemuka dan juga pemerhatian. Hasil kajian mengenalpasti
enam kompetensi yang perlu dimiliki oleh seorang pengurus koperasi untuk berjaya. Kompetensi
tersebut ialah pengetahuan tentang pelbagai aspek pengurusan koperasi, kemahiran perniagaan,
komunikasi di semua pringkat, kepimpinan, kreativiti dan inovasi dalam menentukan produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan, dan pengurusan sistem secara bersepadu.
Kata Kunci: Pengurus koperasi, kajian kes, koperasi terbaik, kompetensi, pengetahuan, kemahiran,
kemampuan
4 |
Author(s):
Frank Me-ol, Yusman Yacob, Siti Maimunah Jerni, Mohd Suandi Mortadza, Syarifah Rohaya Wan Idris, Vronica Kumang Lawrence.
Page No : 51-66
|
FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL BAGI KOPERASI PENANAM SAWIT MAMPAN DI MALAYSIA (Critical Success Factors for Sustainable Oil Palm Cooperatives in Malaysia)
Abstract
Secara umumnya prestasi koperasi penanam sawit mampan (KPSM) masih pada tahap yang rendah,
kerana hanya sebilangan kecil dalam kalangan KPSM menunjukkan prestasi yang memuaskan.
Beberapa kajian terdahulu telah mengenal pasti faktor-faktor kritikal yang menyumbang kepada
kejayaan sesebuah perniagaan. Faktor-faktor tersebut berkaitan dengan aspek pengurusan,
strategi, lokasi, kewangan, pelanggan dan pasaran, pengalaman dan sokongan persekitaran
luaran. Namun, tiada satu pun antara kajian tersebut yang menjurus kepada koperasi perladangan
kelapa sawit. Bagi mengisi kekurangan ini, kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti
faktor-faktor kejayaan kritikal bagi perniagaan KPSM menggunakan pendekatan kaedah kualitatif.
Enam KPSM dipilih bagi kajian ini, iaitu dua dari setiap kawasan kajian - Sabah, Sarawak
dan Semenanjung Malaysia. Setiap kawasan kajian diwakili oleh koperasi yang mempunyai
jumlah perolehan tertinggi dan satu lagi mempunyai jumlah perolehannya terendah. Kajian
ini juga melibatkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM) sebagai peserta kajian. Seramai 24 orang responden dipilih daripada lapan
buah organisasi terlibat menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Data diperolehi melalui
temu bual bersemuka berpandukan protokol supaya semua temu bual dilaksanakan dengan
konsisten. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis bertema (thematic) yang merangkumi
tiga tahap pengkodan, iaitu pengkodan terbuka, berpaksi dan terpilih. Hasil analisis mengenal
pasti tujuh faktor kejayaan kritikal yang menyumbang kepada kejayaan KPSM. Faktor-faktor
tersebut ialah komitmen, gaya pengurusan, pengurusan persaingan, pengurusan kewangan,
pengurusan operasi, pengurusan fasiliti dan sokongan persekitaran luaran. Seterusnya, model
faktor kejayaan kritikal dibina untuk memperlihatkan hubungkait antara faktor-faktor kritikal
tersebut dan faedah hasil penubuhan KPSM.
Kata Kunci: Faktor kejayaan kritikal, koperasi kelapa sawit, kaedah kualitatif, analisis bertema,
model faktor kejayaan kritikal
5 |
Author(s):
Mohd Nusi Abdul Rahman, Shahida Shahimi, Mohd Adib Ismail.
Page No : 67-88
|
PENYEDIAAN RUMAH MAMPU MILIK DAN PEMBIAYAAN PATUH SYARIAH OLEH KOPERASI DI MALAYSIA (Provision of Affordable House and Shariah-Compliant Financing by Co-operatives in Malaysia)
Abstract
Rumah mampu milik merupakan salah satu isu utama rakyat di Malaysia pada masa ini kerana
permintaan rumah sedemikian adalah jauh lebih tinggi berbanding penawarannya. Oleh itu,
gambaran yang lebih tepat mengenai situasi penyediaan dan pembekalan rumah mampu milik di
Malaysia amat diperlukan untuk membantu dalam menyediakan pelan tindakan yang berkesan.
Khususnya, objektif kajian ialah untuk mengkaji tahap penglibatan koperasi dalam menyediakan
rumah mampu milik serta kemudahan pembiayaan patuh syariah, disamping mengenal pasti
cabaran yang dihadapi. Hasil kajian dijangka dapat membantu koperasi untuk mengenal pasti
produk pembiayaan perumahan patuh shariah yang sesuai untuk ditawarkan kepada pembeli.
Data kajian didapati menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur dengan pengurusan
koperasi dan pengurusan hartanah di koperasi terpilih. Maklumat kajian juga didapati daripada
dokumen-dokumen yang relevan melalui kajian kes melibatkan tiga buah koperasi perumahan.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan koperasi dalam aktiviti perumahan mampu
milik masih rendah, manakala kemudahan pembiayaan patuh syariah masih di peringkat
kajian. Koperasi berdepan dengan pelbagai cabaran untuk menyediakan rumah mampu milik.
Antaranya, persaingan dengan pemaju swasta, kekangan sumber dana, kemerosotan nilai dan
prinsip berkoperasi dalam kalangan anggota, dasar kerajaan yang kurang jelas serta kerenah
birokrasi, harga tanah yang mahal, dan perubahan citarasa pembeli. Kajian ini berpendapat
bahawa bagi meningkatkan penglibatan dalam sektor perumahan mampu milik, koperasi bolehlah
menggunakan mekanisme musyarakah mutanaqisah (MMQ), iaitu satu kaedah pembiayaan
perumahan patuh syariah.
Kata Kunci: Rumah mampu milik, pembiayaan patuh shariah, koperasi perumahan, temu bual
separa berstruktur, musyarakah mutanaqisah
6 |
Author(s):
Mohamad Haniff Mohamad Hashim, Mohd Zaib Mat Yunus, Salwana Ali.
Page No : 89-105
|
PENGLIBATAN MAHASISWA DALAM KOSISWA: KAJIAN EMPIRIKAL DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA (Involvement of Student in KOSISWA: An Empirical Study in Malaysian Public Universities)
Abstract
Institut pengajian tinggi (IPT) bertanggungjawab meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
berkaitan keusahawanan. Ilmu keusahawanan amat penting kepada para mahasiswa kerana
pendidikan peringkat tinggi berserta ilmu keusahawanan mampu membuka lebih banyak peluang
pekerjaan dan juga perniagaan kepada mereka. Dijangka, ini mampu mengurangkan kadar
pengangguran di kalangan graduan pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, penglibatan
sebenar para mahasiswa dalam aktiviti keusahawanan di institusi pengajian awam (IPTA) masih
rendah walaupun bilangan mahasiswa besar. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal
pasti ciri-ciri keusahawanan dan faktor-faktor yang mendorong aktiviti keusahawanan, serta
menilai tahap penglibatan mahasiswa dalam aktiviti keusahawanan sebagai anggota koperasi
siswa (KOSISWA). Data kajian didapati melalui tinjauan sampel menggunakan borang soal
selidik. Responden terdiri daripada 230 orang anggota 17 buah KOSISWA di institusi pengajian
tinggi awam di seluruh Malaysia. Keputusan analisis regresi menunjukkan faktor paling signifkan
yang mendorong mahasiswa untuk terlibat dalam aktiviti keusahawanan KOSISWA ialah minat,
diikuti oleh pengetahuan tentang koperasi dan pelbagai kemahiran yang dimiliki. Dapatan kajian
ini amat berguna kepada pihak-pihak yang berkenaan seperti Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), IPTdan agensi kerajaan
bagi menambah baik modul program latihan serta pelan tindakan ke arah meningkatkan aktiviti
keusahawanan koperasi pada masa hadapan.
Kata Kunci: Institusi pengajian tinggi awam, keusahawanan, KOSISWA, tinjauan sampel,
analisis regresi, faktor pendorong
7 |
Author(s):
Liezel S. Cruz.
Page No : 107-126
|
ASSESSING THE PROFESSIONAL DEVELOPMENT NEEDS OF CO-OPERATIVES IN CALABARZON, PHILIPPINES
Abstract
The study assessed the professional development needs of co-operatives in Calabarzon, Philippines
from the practitioners’perspectives. The study employed qualitative and quantitative approaches.
Primary data were obtained from 156 respondents using semi-structured questionnaire, while
descriptive statistics and logistic regression model were adopted for data analysis. Data indicate
that the preferred course contents are operations management, fnancial management, and
governance. The study reveals that respondents prefer shorter courses and a combination of
on-campus, off-campus, and online programmes. Moreover, organisational performance is a
strong motivation to go for training, while fnancial constraint is a big deterrent. The study also
shows that the odds of enrolling in a co-operative training program are higher if respondents
are co-operative members, programmes are shorter, and there are networking opportunities for
participants. However, those who were educated, attended the programmes to enhance promotion,
and registered for the programmes to comply with the requirement of their co-operatives had lower
odds to enrol. Thus, this study recommends that customised, modular and ladderized programs
are offered for cooperatives. Finally, there is a need to conduct a more comprehensive study
in more areas to compare the impact of training between younger and older participants, and
validate the effectiveness of training on organisational performance. The fndings from such
study are useful when developing training programmes that are relevant to co-operatives. These
are also useful for academic institutions, training providers, and government agencies.
Keywords: Co-operatives, co-operative management, education and training, professional
development
8 |
Author(s):
Ceptryl S. Mina, Liezel S. Cruz.
Page No : 127-140
|
THE EFFECTS OF COVID-19 PANDEMIC ON THE COOPERATIVE SECTOR IN CALABARZON, PHILIPPINES
Abstract
Like any business enterprises, co-operatives cannot escape from the adverse impacts of the
COVID-19 pandemic. Any disruptions brought about by the pandemic can negatively affect the
business operations of co-operatives. This study reports the nature and extent of the effects of
COVID-19 pandemic on 77 co-operatives in the Calabarzon region of the Philippines. The data
were analysed using descriptive and inferential analyses. Chi-square test of independence was
used to examine the association between co-operatives’net surplus and two factors, the COVID-19
pandemic and whether or not co-operatives had a business continuity plan (BCP). The results
revealed that most of the co-operatives had been severely affected by the pandemic. Among other
things, co-operatives experienced several encumbrances, particularly affecting the supply chain,
cash flow, and workforce. All the respondents felt that fnancial and technical assistance were
needed to help co-operatives to weather the effects of the pandemic. The results further revealed
that having a BCP was vital to help co-operatives build resilience amid the COVID-19 pandemic.
Keywords: COVID-19 pandemic, co-operatives, Chi-square test, net surplus, business continuity
plan
9 |
Author(s):
Azliana Mohd Jelani, Muhammad Hakimi Mohd Shafai, Salmy Edawati Yaacob.
Page No : 141-159
|
ISU DAN CABARAN YANG DIHADAPI PERGERAKAN KOPERASI IBU TUNGGAL DI SEMENANJUNG MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL (Issues and Challenges Faced by Single Mother Cooperative Movement in Peninsular Malaysia: A Preliminary Review)
Abstract
Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah bekerjasama dengan Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) bagi menyediakan peluang kepada golongan wanita termasuk ibu
tunggal untuk berniaga atau bekerja. Justeru, KPWKM telah merangka pelbagai program yang
bersesuaian bagi meningkatkan penglibatan ibu tunggal dalam bidang keusahawanan melalui
koperasi ibu tunggal. Namun, usaha menubuhkan koperasi melibatkan ibu tunggal bukanlah
mudah disebabkan pelbagai kekangan dan cabaran. Bagi meneliti isu ini dengan lebih lanjut,
kajian ini telah dilaksanakan menggunakan kaedah kualitatif melibatkan 23 buah koperasi ibu
tunggal yang berdaftar dengan SKM di Semenanjung Malaysia. Data kajian diperolehi melalui
temu bual terperinci dengan pegawai-pegawai SKM beberapa negeri dan anggota 23 koperasi
ibu tunggal tersebut. Hasil kajian mengenalpasti tiga faktor yang menyumbang kepada prestasi
yang tidak memuaskan oleh koperasi ibu tunggal, iaitu, sumber yag terhad, pengurusan yang
tidak cekap, dan kurangnya penglibatan anggota dalam aktiviti koperasi. Juga, didapati bilangan
koperasi yang tidak aktif lebih banyak berbanding yang aktif. Oleh itu, bagi meningkatkan prestasi
koperasi ibu tunggal supaya setanding dengan koperasi-koperasi yang sudah berjaya, pengurusan
koperasi perlu dibekalkan dengan ilmu pengurusan yang mencukupi bagi membolehkan mereka
memimpin koperasi masing-masing dengan lebih baik.
Kata Kunci: Ibu tunggal, keusahawanan koperasi, prestasi koperasi, kaedah kualitatif, faktor
penyumbang