KOMPETENSI PENGURUS: SATU KAJIAN KES KOPERASI TERBAIK MALAYSIA (Manager’s Competency: A Case Study of Best Cooperatives in Malaysia)

Publication Date : 31/10/2021


Author(s) :

Azmaliza Arifn, Nur Anizah Aziz.


Volume :
Volume 17
,
(2021)



Abstract :

Pengurus memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kelancaran sesebuah organisasi serta mewujudkan perancangan yang berkesan. Pengurus yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, berhemah dan berintegriti mampu mempengaruhi dan memberi inspirasi kepada individu-individu lain untuk memberikan khidmat terbaik. Dasar Koperasi Negara (DKN, 2011-2020) menerusi teras strategik ketiganya memberi penekanan kepada meningkatkan profesionalisme di kalangan pengurus koperasi. Bermakna, jawatan ini sangat penting kepada pembangunan perniagaan koperasi. Namun, masih terdapat koperasi yang kurang memberi penekanan terhadap perkara ini. Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi memperihalkan bidang tugas pengurus koperasi dan mengenal pasti tahap kompetensi para pengurus koperasi kluster besar dan sederhana daripada segi pengetahuan, kemahiran, dan kemampuan. Kawasan kajian ialah Semenanjung Malaysia sahaja dan sampel sasaran ialah lapan buah koperasi yang dipilih dari koperasi yang tersenarai dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik selama tiga tahun berturutturut, 2015-2017. Ini merupakan satu kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Data kajian diperolehi melalui temu bual bersemuka dan juga pemerhatian. Hasil kajian mengenalpasti enam kompetensi yang perlu dimiliki oleh seorang pengurus koperasi untuk berjaya. Kompetensi tersebut ialah pengetahuan tentang pelbagai aspek pengurusan koperasi, kemahiran perniagaan, komunikasi di semua pringkat, kepimpinan, kreativiti dan inovasi dalam menentukan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, dan pengurusan sistem secara bersepadu.

Kata Kunci: Pengurus koperasi, kajian kes, koperasi terbaik, kompetensi, pengetahuan, kemahiran, kemampuan


No. of Downloads :

16


Scroll to Top