FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL BAGI KOPERASI PENANAM SAWIT MAMPAN DI MALAYSIA (Critical Success Factors for Sustainable Oil Palm Cooperatives in Malaysia)

Publication Date : 31/10/2021


Author(s) :

Frank Me-ol, Yusman Yacob, Siti Maimunah Jerni, Mohd Suandi Mortadza, Syarifah Rohaya Wan Idris, Vronica Kumang Lawrence.


Volume :
Volume 17
,
(2021)



Abstract :

Secara umumnya prestasi koperasi penanam sawit mampan (KPSM) masih pada tahap yang rendah, kerana hanya sebilangan kecil dalam kalangan KPSM menunjukkan prestasi yang memuaskan. Beberapa kajian terdahulu telah mengenal pasti faktor-faktor kritikal yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Faktor-faktor tersebut berkaitan dengan aspek pengurusan, strategi, lokasi, kewangan, pelanggan dan pasaran, pengalaman dan sokongan persekitaran luaran. Namun, tiada satu pun antara kajian tersebut yang menjurus kepada koperasi perladangan kelapa sawit. Bagi mengisi kekurangan ini, kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor kejayaan kritikal bagi perniagaan KPSM menggunakan pendekatan kaedah kualitatif. Enam KPSM dipilih bagi kajian ini, iaitu dua dari setiap kawasan kajian - Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Setiap kawasan kajian diwakili oleh koperasi yang mempunyai jumlah perolehan tertinggi dan satu lagi mempunyai jumlah perolehannya terendah. Kajian ini juga melibatkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai peserta kajian. Seramai 24 orang responden dipilih daripada lapan buah organisasi terlibat menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Data diperolehi melalui temu bual bersemuka berpandukan protokol supaya semua temu bual dilaksanakan dengan konsisten. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis bertema (thematic) yang merangkumi tiga tahap pengkodan, iaitu pengkodan terbuka, berpaksi dan terpilih. Hasil analisis mengenal pasti tujuh faktor kejayaan kritikal yang menyumbang kepada kejayaan KPSM. Faktor-faktor tersebut ialah komitmen, gaya pengurusan, pengurusan persaingan, pengurusan kewangan, pengurusan operasi, pengurusan fasiliti dan sokongan persekitaran luaran. Seterusnya, model faktor kejayaan kritikal dibina untuk memperlihatkan hubungkait antara faktor-faktor kritikal tersebut dan faedah hasil penubuhan KPSM.

Kata Kunci: Faktor kejayaan kritikal, koperasi kelapa sawit, kaedah kualitatif, analisis bertema, model faktor kejayaan kritikal


No. of Downloads :

16


Scroll to Top