CABARAN DALAM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI KARIAH MASJID DI SEMENANJUNG MALAYSIA (Challenges in the Management and Administration of Kariah Masjid Co-operatives in Peninsular Malaysia)
Publication Date : 31/10/2021
Author(s) :
Volume :
Abstract :
Koperasi kariah masjid (KKM) merupakan salah satu cabang koperasi kluster komuniti yang disasarkan dalam Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Penelitian awal menunjukkan bilangan KKM masih kecil dan aktiviti yang dijalankan juga terhad. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi meneliti profil serta mengenal pasti cabaran dalam mengurus dan mentadbir KKM di Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melibatkan lapan buah koperasi yang dipilih berdasarkan kriteria pemilihan khusus. Responden kajian terdiri daripada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan staf pengurusan koperasi. Data kajian diperoleh melalui temu bual bersemuka bersama responden yang direkodkan secara audio dan juga bertulis. Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data temu bual, hasil pemerhatian dan kandungan dokumen berkaitan. Kesemua koperasi yang terpilih ialah koperasi fungsi pengguna dan perkhidmatan, serta mempunyai 200-500 orang anggota. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat enam cabaran utama yang dihadapi oleh KKM, iaitu pendidikan koperasi, kepimpinan, kerjasama, persaingan perniagaan, kewangan dan kelestarian. Kurangnya pendedahan tentang pendidikan koperasi menyebabkan kesukaran untuk menarik anggota baharu, dan seterusnya menyumbang kepada masaalah kurang pengetahuan, keyakinan dan minat dalam kalangan anggota sedia ada terhadap koperasi. Isu kepimpinan merangkumi masalah kurang persefahaman antara ALK, kesukaran mendapat kerjasama dari AJK masjid dan Jabatan Agama Islam negeri, manakala ALK sukar memberikan komitmen yang diharapkan atas kekangan tugas hakiki masing-masing.
No. of Downloads :
51