PENGLIBATAN MAHASISWA DALAM KOSISWA: KAJIAN EMPIRIKAL DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA (Involvement of Student in KOSISWA: An Empirical Study in Malaysian Public Universities)

Publication Date : 31/10/2021


Author(s) :

Mohamad Haniff Mohamad Hashim, Mohd Zaib Mat Yunus, Salwana Ali.


Volume :
Volume 17
,
(2021)



Abstract :

Institut pengajian tinggi (IPT) bertanggungjawab meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan keusahawanan. Ilmu keusahawanan amat penting kepada para mahasiswa kerana pendidikan peringkat tinggi berserta ilmu keusahawanan mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan juga perniagaan kepada mereka. Dijangka, ini mampu mengurangkan kadar pengangguran di kalangan graduan pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, penglibatan sebenar para mahasiswa dalam aktiviti keusahawanan di institusi pengajian awam (IPTA) masih rendah walaupun bilangan mahasiswa besar. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan dan faktor-faktor yang mendorong aktiviti keusahawanan, serta menilai tahap penglibatan mahasiswa dalam aktiviti keusahawanan sebagai anggota koperasi siswa (KOSISWA). Data kajian didapati melalui tinjauan sampel menggunakan borang soal selidik. Responden terdiri daripada 230 orang anggota 17 buah KOSISWA di institusi pengajian tinggi awam di seluruh Malaysia. Keputusan analisis regresi menunjukkan faktor paling signifkan yang mendorong mahasiswa untuk terlibat dalam aktiviti keusahawanan KOSISWA ialah minat, diikuti oleh pengetahuan tentang koperasi dan pelbagai kemahiran yang dimiliki. Dapatan kajian ini amat berguna kepada pihak-pihak yang berkenaan seperti Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), IPTdan agensi kerajaan bagi menambah baik modul program latihan serta pelan tindakan ke arah meningkatkan aktiviti keusahawanan koperasi pada masa hadapan.

Kata Kunci: Institusi pengajian tinggi awam, keusahawanan, KOSISWA, tinjauan sampel, analisis regresi, faktor pendorong


No. of Downloads :

18


Scroll to Top