PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP KOPERASI (Perception of Community towards Cooperative)

Publication Date : 31/10/2021


Author(s) :

Azmaliza Arifin, Amalina Ibrahim, Nur Anizah Aziz.


Volume :
Volume 17
,
(2021)



Abstract :

Kajian ini dilaksanakan oleh MaktabKoperasi Malaysia (MKM) untuk menilai persepsi masyarakat terhadap peranan koperasi dan manfaatnya, di samping mengenal pasti program latihan dan pendidikan yang sesuai untuk pembangunan modal insan. Masyarakat merujuk kepada anggota koperasi, golongan belia dan penduduk setempat. Kajian ini merupakan satu tinjauan awal melibatkan peserta Program Lestari Modal Insan Koperasi (LMIK) anjuran MKM daerah Kemaman dan daerah Dungun, Terengganu. Objektif khusus kajian ialah untuk meneliti profil para peserta dan mengenal pasti persepsi mereka terhadap koperasi. Data kajian diperoleh melalui soalselidik melibatkan 440 orang peserta program berkenaan. Responden anggota koperasi (299 responden; 68%) lebih ramai berbanding anggota koperasi (141 responden; 32% ). Empat elemen digunakan untuk menilai persepsiresponden terhadap koperasi, iaitu, pengetahuan,sikap, tingkah laku dan ekonomi. Kajian menunjukkan secara purata, anggota koperasi beranggapan mereka mempunyai pengetahuan tentang koperasi, mempunyai sikap yang positif terhadap koperasi, mempunyai tingkah laku yang mendorong ke arah pembangunan koperasi dan mempunyai pandangan yang positif bahawa koperasi dapat membantu dalam hal kewangan untuk menangani kossara hidup, meningkatkan taraf ekonomi dan membantu masyarakat berpendapatan rendah. Sebaliknya,responden bukan anggota mempunyai tahap kesedaran terhadap koperasi yang lebih rendah, kurang mempamerkan sikap positif terhadap koperasi serta kurang menyertai aktiviti yang dijalankan koperasi. Namun, mereka berpandangan positif bahawa koperasi membantu masyarakat daripada segi ekonomi. Oleh itu, kesedaran tentang manfaat berkoperasi ini perlu diperluaskan untuk menarik minat masyarakat menyertai atau menubuhkan koperasi.


No. of Downloads :

20


Scroll to Top