ISU DAN CABARAN YANG DIHADAPI PERGERAKAN KOPERASI IBU TUNGGAL DI SEMENANJUNG MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL (Issues and Challenges Faced by Single Mother Cooperative Movement in Peninsular Malaysia: A Preliminary Review)

Publication Date : 31/10/2021


Author(s) :

Azliana Mohd Jelani, Muhammad Hakimi Mohd Shafai, Salmy Edawati Yaacob.


Volume :
Volume 17
,
(2021)



Abstract :

Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi menyediakan peluang kepada golongan wanita termasuk ibu tunggal untuk berniaga atau bekerja. Justeru, KPWKM telah merangka pelbagai program yang bersesuaian bagi meningkatkan penglibatan ibu tunggal dalam bidang keusahawanan melalui koperasi ibu tunggal. Namun, usaha menubuhkan koperasi melibatkan ibu tunggal bukanlah mudah disebabkan pelbagai kekangan dan cabaran. Bagi meneliti isu ini dengan lebih lanjut, kajian ini telah dilaksanakan menggunakan kaedah kualitatif melibatkan 23 buah koperasi ibu tunggal yang berdaftar dengan SKM di Semenanjung Malaysia. Data kajian diperolehi melalui temu bual terperinci dengan pegawai-pegawai SKM beberapa negeri dan anggota 23 koperasi ibu tunggal tersebut. Hasil kajian mengenalpasti tiga faktor yang menyumbang kepada prestasi yang tidak memuaskan oleh koperasi ibu tunggal, iaitu, sumber yag terhad, pengurusan yang tidak cekap, dan kurangnya penglibatan anggota dalam aktiviti koperasi. Juga, didapati bilangan koperasi yang tidak aktif lebih banyak berbanding yang aktif. Oleh itu, bagi meningkatkan prestasi koperasi ibu tunggal supaya setanding dengan koperasi-koperasi yang sudah berjaya, pengurusan koperasi perlu dibekalkan dengan ilmu pengurusan yang mencukupi bagi membolehkan mereka memimpin koperasi masing-masing dengan lebih baik.

Kata Kunci: Ibu tunggal, keusahawanan koperasi, prestasi koperasi, kaedah kualitatif, faktor penyumbang


No. of Downloads :

10


Scroll to Top