PENYEDIAAN RUMAH MAMPU MILIK DAN PEMBIAYAAN PATUH SYARIAH OLEH KOPERASI DI MALAYSIA (Provision of Affordable House and Shariah-Compliant Financing by Co-operatives in Malaysia)

Publication Date : 31/10/2021


Author(s) :

Mohd Nusi Abdul Rahman, Shahida Shahimi, Mohd Adib Ismail.


Volume :
Volume 17
,
(2021)



Abstract :

Rumah mampu milik merupakan salah satu isu utama rakyat di Malaysia pada masa ini kerana permintaan rumah sedemikian adalah jauh lebih tinggi berbanding penawarannya. Oleh itu, gambaran yang lebih tepat mengenai situasi penyediaan dan pembekalan rumah mampu milik di Malaysia amat diperlukan untuk membantu dalam menyediakan pelan tindakan yang berkesan. Khususnya, objektif kajian ialah untuk mengkaji tahap penglibatan koperasi dalam menyediakan rumah mampu milik serta kemudahan pembiayaan patuh syariah, disamping mengenal pasti cabaran yang dihadapi. Hasil kajian dijangka dapat membantu koperasi untuk mengenal pasti produk pembiayaan perumahan patuh shariah yang sesuai untuk ditawarkan kepada pembeli. Data kajian didapati menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur dengan pengurusan koperasi dan pengurusan hartanah di koperasi terpilih. Maklumat kajian juga didapati daripada dokumen-dokumen yang relevan melalui kajian kes melibatkan tiga buah koperasi perumahan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan koperasi dalam aktiviti perumahan mampu milik masih rendah, manakala kemudahan pembiayaan patuh syariah masih di peringkat kajian. Koperasi berdepan dengan pelbagai cabaran untuk menyediakan rumah mampu milik. Antaranya, persaingan dengan pemaju swasta, kekangan sumber dana, kemerosotan nilai dan prinsip berkoperasi dalam kalangan anggota, dasar kerajaan yang kurang jelas serta kerenah birokrasi, harga tanah yang mahal, dan perubahan citarasa pembeli. Kajian ini berpendapat bahawa bagi meningkatkan penglibatan dalam sektor perumahan mampu milik, koperasi bolehlah menggunakan mekanisme musyarakah mutanaqisah (MMQ), iaitu satu kaedah pembiayaan perumahan patuh syariah.

Kata Kunci: Rumah mampu milik, pembiayaan patuh shariah, koperasi perumahan, temu bual separa berstruktur, musyarakah mutanaqisah


No. of Downloads :

7


Scroll to Top