1 |
Author(s):
Azlifah Abas, Hajar Azwin Mohamad Ashi, Zaharatul Laili Zakaria, Arfizawati Abd Hadi, Romaizah Abd Kadir, Rosmalina Che Yakzam, Cham Tat Huei.
Page No : 1-28
|
THE ENGAGEMENT OF CO-OPERATIVES IN ONLINE BUSINESS IN MALAYSIA
Abstract
Statistics from the Companies Commission of Malaysia show that, as of July 2018, a total of 53,285
businesses had registered as online retailers. However, no formal data has been obtained on the
engagement of co-operatives in online business. This research aimed to identify the profile of cooperatives in online business, particularly the factors that motivate co-operatives’ adoption of
online business and the barriers faced by co-operatives in performing online business. In addition,
this study sought to determine the role of co-operative performance in linking the motivating and
barrier factors to continuous online business usage among co-operatives. The census method
was used to collect data from the entire population of the study, which comprised co-operatives
engaged in e-commerce businesses in Malaysia. The findings showed that trendiness, government
support, and cost reduction have a direct positive effect on co-operative performance, while risk
and a lack of employee competency have a direct negative effect on co-operative performance.
Apart from that, co-operative performance was found to influence satisfaction and continuous
usage directly and positively. The results further revealed that satisfaction has a direct positive
impact on continuous usage as well as a mediating effect on the relationship between co-operative
performance and continuous usage.
2 |
Author(s):
Ummi Salwa Ahmad Bustamam*, Hisham Sabri, Hasrin Abu Hassan.
Page No : 29-46
|
THE PATH OF COOPERATIVE DEVELOPMENT RESEARCH: THE BIBLIOMETRIC ANALYSIS USING R
Abstract
This paper seeks to shed light on cooperative development through a bibliometric analysis of 568
articles culled from the Scopus database between 1927 and 2022. Using the Bibliometrix package
in RStudio and the Biblioshiny web apps, the bibliometric analyses reveal a significant increase
in the number of publications related to cooperative development over the years, indicating a
growing interest in this topic among researchers. This study analysed the annual publication trends,
the most influential journals and articles, the leading authors, and the countries of cooperative
development research. The Sustainability (Switzerland) published the greatest number of cooperative
development-related articles, followed by the Annals of Public and Cooperative Economics,
and Collection Management. Additional analyses included a keyword analysis, a co-occurrence
network, and a thematic map to illustrate the evolution of pertinent themes and subthemes in
cooperative development research. The article concludes with a discussion of limitations and
recommendations for future research.
3 |
Author(s):
Agham C. Cuevas, Ceptryl S. Mina*.
Page No : 47-62
|
DOES COOPERATIVE MEMBERSHIP IMPROVE TECHNOLOGY ADOPTION? THE CASE OF DAIRY BUFFALO FARMERS IN THE PHILIPPINES
Abstract
Cooperative has long been regarded as a vital tool to promote technology adoption and boost
smallholder farmers’ income. Cooperatives are being tapped to extend hands-on training and
seminars on production and management practices in dairy buffalo milk production. Several studies
investigated the causal relationship between technology adoption and cooperative membership.
However, no empirical studies tried to explore the effect of cooperative membership on the
technology adoption extensity. This study analyzes the factors affecting the decision of farmers to
become members of cooperatives and the impact of cooperative membership on the adoption of
technologies. The study utilized farm-level data from 351 randomly selected dairy buffalo raisers
from the Philippines’ major dairy buffalo milk-producing regions. The Poisson regression with
endogenous treatment model was used to analyze causality that links cooperative membership
to technology adoption. Variables representing cooperative membership, farmgate price of milk,
dairy farming as the primary source of income, training attendance, number of milking cows,
and cold storage (refrigerator/freezer) ownership positively influence the technology adoption.
The results of the endogenous treatment regression show that cooperative membership positively
and significantly influenced technology adoption. Findings imply that cooperative membership
is an effective tool to enhance technology uptake among dairy buffalo farmers for improved
productivity and income.
4 |
Author(s):
Julizah Sabstu, Amizawati Mohd Amir.
Page No : 63-88
|
PERANAN GAYA KEPIMPINAN DAN AMALAN PERAKAUNAN PENGURUSAN KE ATAS PRESTASI KOPERASI DI SEMENANJUNG MALAYSIA (Role of leadership style and management accounting practices on cooperative performance in Peninsular Malaysia)
Abstract
Perubahan persekitaran perniagaan yang pesat mendorong sektor koperasi melaksanakan
transformasi dengan usaha meningkatkan prestasi dan ia menjadi keutamaan selari dengan
peranannya sebagai sektor ketiga dalam ekonomi negara. Prestasi koperasi perlu ditingkatkan
dengan lebih baik melalui penekanan strategi dalaman yang cekap daripada ALK dan pihak
pengurusan bukan sahaja memberikan kebaikan kepada koperasi seperti menjana pertumbuhan
koperasi namun ia juga dapat meningkatkan sumber pendapatan dan pertumbuhan ekonomi
negara. Oleh itu dengan berpandukan teori (teori berasaskan sumber), objektif kajian adalah
mengenal pasti hubungan gaya kepimpinan ALK atau pihak pengurusan melalui transformasi
dan transaksi dengan amalan perakaunan pengurusan (MAPs) serta MAPs dengan prestasi
koperasi. Data diperoleh menerusi soal selidik yang dihantar kepada 190 buah koperasi melalui
ALK dan pengurusan koperasi. Kadar respon sebanyak 76.8% iaitu sebanyak 146 soal selidik
yang telah diisi dan dikembalikan. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif antara
gaya kepimpinan transformasi dan MAPs serta MAPs dan prestasi koperasi. Namun, bagi gaya
kepimpinan transaksi ia berhubung secara negatif dengan MAPs. Penemuan kajian mampu
dijadikan input kepada agensi kerajaan khususnya koperasi dalam memantapkan amalan tadbir
urus melalui amalan perakaunan pengurusan.
5 |
Author(s):
Norul Hayatie Hashim, Rosmalina Che Yakzam, Zulkiflee Aspan, Mohd Nusi Abdul Rahman, Salwana Ali.
Page No : 89-104
|
PENGLIBATAN DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RANTAIAN NILAI KOPERASI AGROMAKANAN DI MALAYSIA (Agrofood cooperative’s involvement and factors affecting the value chain activities in Malaysia)
Abstract
Era globalisasi kini mendesak pengusaha untuk kekal relevan dalam jurang persaingan perniagaan
yang semakin mencabar tidak kira pasaran domestik ataupun global. Bagi memastikan sesebuah
perniagaan kekal bertahan dan berdaya saing, pengusaha perlu menciptakan “nilai” yang bermakna
serta memberikan persaingan sihat kepada pesaing. Nilai ini tercipta ketika produk melalui setiap
tahap rantaian yang dikenali sebagai rantaian nilai. Artikel ini membincangkan penglibatan dan
faktor-faktor yang mempengaruhi rantaian nilai koperasi agromakanan di Malaysia. Kajian
ini dijalankan bagi mengetahui situasi penglibatan koperasi dalam aktiviti rantaian nilai dan
faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif
dan strategi penentuan saiz sampel menggunakan kaedah bancian, di mana kesemua koperasi
yang terlibat dengan aktiviti agromakanan diambil kira untuk pengumpulan data kajian. Kajian
ini menggunakan borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan (SPSSv.27). Analisis
yang dijalankan terhadap penglibatan koperasi dalam aktiviti rantaian utama seperti bekalan
input, pemprosesan, pengumpulan, pemasaran, pengangkutan dan pengilangan. Selain itu, enam
faktor-faktor yang mempengaruhi juga telah dikenal pasti seperti faktor tadbir urus, teknologi,
logistik, pembekal, kualiti dan pemasaran. Hasil dapatan kajian mendapati faktor-faktor utama
telah difokuskan dan dikupas sebagai faktor penting dalam mempengaruhi aktiviti rantaian nilai
koperasi iaitu faktor kualiti, tadbir urus dan pembekal.
6 |
Author(s):
Adila Hashim, Nur Yazira Hamsan, Siti Nuraini Abu Bakar, Azianti Ismail.
Page No : 105-120
|
ANALISIS KOMPETENSI ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI MENGGUNAKAN MODEL PENGUKURAN RASCH (Competence analysis of cooperative board members using the Rasch measurement model)
Abstract
Kompetensi merupakan keupayaan atau kemampuan seseorang untuk menjalankan tugas atau
kerja dengan baik. Penelitian berkenaan kompetensi anggota lembaga koperasi (ALK) masih
kurang dijalankan dan dengan adanya penelitian ini diharap dapat membantu pihak koperasi
untuk memperkasakan kompetensi diri serta boleh dijadikan usaha untuk melonjakkan prestasi
koperasi. Kajian ini dijalankan ke atas 420 orang responden yang memegang jawatan sebagai
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dari koperasi berdaftar di Malaysia. Kajian kuantitatif
ini bertujuan untuk menganalisis tahap kompetensi semasa ALK dan juga untuk menganalisis
jurang kompetensi yang bercirikan kepada lima bidang utama pengurusan iaitu (i)pengurusan dan
pentadbiran, (ii)pengurusan kewangan, (iii)pengurusan strategik, (iv)pengurusan tadbir urus, dan
(v)pengurusan perniagaan. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik
dan dianalisis menggunakan Model Pengukuran Rasch dengan Winstep 5.2.2.0. Hasil analisis
kajian mendapati seramai 211 orang responden (50.2 peratus) memiliki kompetensi tinggi, 170
orang responden (40.5 peratus) memiliki kompetensi sederhana, dan 39 orang responden (9.3
peratus) memiliki kompetensi rendah. Melalui penelitian kajian ini juga mendapati bidang tugas
pengurusan kewangan merupakan bidang pengurusan yang paling sukar untuk dilaksanakan oleh
ALK. Implikasi kajian ini mencadangkan kursus yang bersesuaian dengan jurang kompetensi
ALK dan diharap seterusnya dapat menjadi input penambahbaikan kepada kekurangan dalam
kompetensi bagi tiga jawatan utama dalam koperasi. Kajian lanjut berkenaan kompetensi ALK
ini boleh menjurus dengan lebih kritis berkenaan elemen yang terdapat dalam bidang pengurusan
utama koperasi yang mempunyai tahap kesukaran tertinggi agar jurang kompetensi dapat dikenal
pasti dan dibaiki dari masa ke masa.
7 |
Author(s):
Hamizah Mohd Nadzir, Yusman Yacob, Syarifah Rohaya Wan Idris, Nur Fatin Syazwani Ahmad, Dayang Adelina Abang Muan.
Page No : 121-134
|
FAKTOR DAYA TAHAN PERNIAGAAN KOPERASI DI SARAWAK (Cooperative business resilience factors in Sarawak)
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti faktor-faktor daya tahan perniagaan koperasi mikro
di negeri Sarawak menggunakan kaedah kualitatif. Sebanyak 22 buah koperasi mikro yang berusia
lebih lima tahun di seluruh negeri Sarawak melibatkan keseluruhan sembilan fungsi perniagaan
telah dipilih sebagai peserta dalam kajian ini. Pemilihan sampel adalah menggunakan kaedah
persampelan bertujuan dengan menggunakan instrumen temu bual melibatkan 22 responden.
Data dianalisis menggunakan kaedah tematik yang merangkumi tiga tahap pengekodan iaitu
pengekodan terbuka, berpaksi dan terpilih. Melalui proses temu bual bersemuka yang telah
dijalankan menggunakan soalan protokol yang dibangunkan oleh penyelidik serta penterjemahan
data yang diperoleh, sebanyak tiga faktor daya tahan perniagaan dalam kalangan koperasi
mikro di Sarawak telah dikenal pasti iaitu faktor pengurusan sumber, ciri-ciri berkoperasi, dan
persekitaran perniagaan. Hasil dapatan kajian telah menyumbang kepada perkembangan teoretikal
dan praktikal khususnya pembangunan koperasi mikro di Malaysia.
8 |
Author(s):
Haslinda Sujak.
Page No : 135-154
|
AMALAN TERBAIK KOPERASI DALAM SEKTOR PEMBORONGAN DAN PERUNCITAN KAJIAN KES: SAIGON CO.OP, VIETNAM DAN NTUC FAIRPRICE, SINGAPURA (The best practices of co-operative in wholesale and retail sector Case study: Saigon Co.op, Vietnam and NTUC Fairprice, Singapore)
Abstract
Perolehan koperasi sektor pemborongan dan peruncitan Malaysia adalah kecil berbanding
pertumbuhan keseluruhan sektor tersebut di Malaysia yang rancak membangun. Ini bermakna
terdapat peluang bagi prestasi koperasi sektor ini dipertingkatkan. Pencapaian yang menyeluruh
mencakupi matlamat sosioekonomi anggota koperasi seperti yang berkesan di koperasi peruncitan
negara lain penting dijadikan tauladan. Oleh sebab itu, analisis ini dijalankan untuk mengenal
pasti amalan terbaik aktiviti peruncitan koperasi Saigon Co.op di Vietnam dan NTUC FairPrice
di Singapura. Perbincangan artikel ini adalah berdasarkan kajian kes dua buah koperasi tersebut
melalui pendekatan temu bual, pemerhatian dan penelitian dokumen. Seterusnya, analisis deskriptif
dan analisis merentasi kes dilakukan. Ia adalah berdasarkan dua perspektif besar iaitu pentadbiran
dan perniagaan koperasi. Hasil analisis mendapati strategi kepelbagaian premis mengikut
segmen pelanggan dan lokasi menjadikan aktiviti peruncitan koperasi sentiasa relevan. Signifikan
sumbangan artikel ini secara teoritikalnya telah membuktikan konsep gabungan koperasi mampu
memperkasa gerakan tersebut. Namun, dari sudut praktikalnya untuk diaplikasi di Malaysia
bergantung kepada kemampuan dan persekitaran perniagaan federasi sektor pemborongan dan
peruncitan yang telah dibangunkan oleh gerakan koperasi negara ini.
9 |
Author(s):
Mohd Nusi Abdul Rahman, Salwana Ali, Zulkiflee Aspan, Norul Hayatie Hashim, Rosmalina Che Yakzam.
Page No : 155-170
|
SUMBANGAN AKTIVITI AGROMAKANAN DAN RANTAIAN NILAI TERHADAP SEKTOR KOPERASI MALAYSIA (Contribution of agricultural food activities and value chain to the cooperative sector in Malaysia)
Abstract
Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) memberi penekanan kepada pemodenan sektor pertanian
dan industri di sepanjang rantaian nilai agromakanan berdasarkan peningkatan penggunaan
automasi dan teknologi berasaskan revolusi industri 4.0. Namun, sumbangan agromakanan
terhadap perolehan koperasi masih rendah disebabkan kurang kecekapan di sepanjang rantaian
nilai tersebut. Kajian ini bertujuan mengenal pasti sumbangan aktiviti agromakanan terhadap
koperasi di Malaysia. Seterusnya mengenal pasti sumbangan koperasi melalui penglibatan rantaian
nilai dalam aktiviti agromakanan. Kaedah kuantitatif dan strategi penentuan sampel menggunakan
kaedah bancian, di mana kesemua koperasi yang terlibat dengan aktiviti agromakanan diambil
kira untuk pengumpulan data kajian. Kajian ini menggunakan laporan tahunan koperasi serta
borang soal selidik bagi mendapatkan profil koperasi yang menjalankan aktiviti agromakanan.
Dapatan kajian mendapati aktiviti tanaman padi menyumbang pendapatan tertinggi koperasi.
Manakala, aktiviti penternakan pula menyumbangkan keuntungan tertinggi terhadap pelaburan.
Seterusnya hasil dapatan analisa kewangan membuktikan bahawa koperasi terlibat dengan aktiviti
rantaian nilai lebih daripada dua peringkat akan meningkatkan pendapatan. Namun, koperasi yang
terlibat dalam satu peringkat rantaian nilai sahaja akan mencatatkan pendapatan paling rendah.
Implikasi kajian ini diharapkan sektor koperasi melalui DAN 2.0 dapat memainkan peranannya
dalam memperkasakan aktiviti rantaian nilai yang akan memberi impak positif terhadap aspek
kewangan koperasi sekali gus menangani agenda keterjaminan negara pada masa hadapan.