PENGLIBATAN DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RANTAIAN NILAI KOPERASI AGROMAKANAN DI MALAYSIA (Agrofood cooperative’s involvement and factors affecting the value chain activities in Malaysia)
Publication Date : 31/10/2023
Author(s) :
Volume :
Abstract :
Era globalisasi kini mendesak pengusaha untuk kekal relevan dalam jurang persaingan perniagaan yang semakin mencabar tidak kira pasaran domestik ataupun global. Bagi memastikan sesebuah perniagaan kekal bertahan dan berdaya saing, pengusaha perlu menciptakan “nilai” yang bermakna serta memberikan persaingan sihat kepada pesaing. Nilai ini tercipta ketika produk melalui setiap tahap rantaian yang dikenali sebagai rantaian nilai. Artikel ini membincangkan penglibatan dan faktor-faktor yang mempengaruhi rantaian nilai koperasi agromakanan di Malaysia. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui situasi penglibatan koperasi dalam aktiviti rantaian nilai dan faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan strategi penentuan saiz sampel menggunakan kaedah bancian, di mana kesemua koperasi yang terlibat dengan aktiviti agromakanan diambil kira untuk pengumpulan data kajian. Kajian ini menggunakan borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan (SPSSv.27). Analisis yang dijalankan terhadap penglibatan koperasi dalam aktiviti rantaian utama seperti bekalan input, pemprosesan, pengumpulan, pemasaran, pengangkutan dan pengilangan. Selain itu, enam faktor-faktor yang mempengaruhi juga telah dikenal pasti seperti faktor tadbir urus, teknologi, logistik, pembekal, kualiti dan pemasaran. Hasil dapatan kajian mendapati faktor-faktor utama telah difokuskan dan dikupas sebagai faktor penting dalam mempengaruhi aktiviti rantaian nilai koperasi iaitu faktor kualiti, tadbir urus dan pembekal.
No. of Downloads :
7