FAKTOR DAYA TAHAN PERNIAGAAN KOPERASI DI SARAWAK (Cooperative business resilience factors in Sarawak)

Publication Date : 31/10/2023


Author(s) :

Hamizah Mohd Nadzir, Yusman Yacob, Syarifah Rohaya Wan Idris, Nur Fatin Syazwani Ahmad, Dayang Adelina Abang Muan.


Volume :
Volume 19
,
(2023)



Abstract :

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti faktor-faktor daya tahan perniagaan koperasi mikro di negeri Sarawak menggunakan kaedah kualitatif. Sebanyak 22 buah koperasi mikro yang berusia lebih lima tahun di seluruh negeri Sarawak melibatkan keseluruhan sembilan fungsi perniagaan telah dipilih sebagai peserta dalam kajian ini. Pemilihan sampel adalah menggunakan kaedah persampelan bertujuan dengan menggunakan instrumen temu bual melibatkan 22 responden. Data dianalisis menggunakan kaedah tematik yang merangkumi tiga tahap pengekodan iaitu pengekodan terbuka, berpaksi dan terpilih. Melalui proses temu bual bersemuka yang telah dijalankan menggunakan soalan protokol yang dibangunkan oleh penyelidik serta penterjemahan data yang diperoleh, sebanyak tiga faktor daya tahan perniagaan dalam kalangan koperasi mikro di Sarawak telah dikenal pasti iaitu faktor pengurusan sumber, ciri-ciri berkoperasi, dan persekitaran perniagaan. Hasil dapatan kajian telah menyumbang kepada perkembangan teoretikal dan praktikal khususnya pembangunan koperasi mikro di Malaysia.


No. of Downloads :

6


Scroll to Top