AMALAN TERBAIK KOPERASI DALAM SEKTOR PEMBORONGAN DAN PERUNCITAN KAJIAN KES: SAIGON CO.OP, VIETNAM DAN NTUC FAIRPRICE, SINGAPURA (The best practices of co-operative in wholesale and retail sector Case study: Saigon Co.op, Vietnam and NTUC Fairprice, Singapore)

Publication Date : 31/10/2023


Author(s) :

Haslinda Sujak.


Volume :
Volume 19
,
(2023)



Abstract :

Perolehan koperasi sektor pemborongan dan peruncitan Malaysia adalah kecil berbanding pertumbuhan keseluruhan sektor tersebut di Malaysia yang rancak membangun. Ini bermakna terdapat peluang bagi prestasi koperasi sektor ini dipertingkatkan. Pencapaian yang menyeluruh mencakupi matlamat sosioekonomi anggota koperasi seperti yang berkesan di koperasi peruncitan negara lain penting dijadikan tauladan. Oleh sebab itu, analisis ini dijalankan untuk mengenal pasti amalan terbaik aktiviti peruncitan koperasi Saigon Co.op di Vietnam dan NTUC FairPrice di Singapura. Perbincangan artikel ini adalah berdasarkan kajian kes dua buah koperasi tersebut melalui pendekatan temu bual, pemerhatian dan penelitian dokumen. Seterusnya, analisis deskriptif dan analisis merentasi kes dilakukan. Ia adalah berdasarkan dua perspektif besar iaitu pentadbiran dan perniagaan koperasi. Hasil analisis mendapati strategi kepelbagaian premis mengikut segmen pelanggan dan lokasi menjadikan aktiviti peruncitan koperasi sentiasa relevan. Signifikan sumbangan artikel ini secara teoritikalnya telah membuktikan konsep gabungan koperasi mampu memperkasa gerakan tersebut. Namun, dari sudut praktikalnya untuk diaplikasi di Malaysia bergantung kepada kemampuan dan persekitaran perniagaan federasi sektor pemborongan dan peruncitan yang telah dibangunkan oleh gerakan koperasi negara ini.


No. of Downloads :

4


Scroll to Top