SUMBANGAN AKTIVITI AGROMAKANAN DAN RANTAIAN NILAI TERHADAP SEKTOR KOPERASI MALAYSIA (Contribution of agricultural food activities and value chain to the cooperative sector in Malaysia)
Publication Date : 31/10/2023
Author(s) :
Volume :
Abstract :
Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) memberi penekanan kepada pemodenan sektor pertanian dan industri di sepanjang rantaian nilai agromakanan berdasarkan peningkatan penggunaan automasi dan teknologi berasaskan revolusi industri 4.0. Namun, sumbangan agromakanan terhadap perolehan koperasi masih rendah disebabkan kurang kecekapan di sepanjang rantaian nilai tersebut. Kajian ini bertujuan mengenal pasti sumbangan aktiviti agromakanan terhadap koperasi di Malaysia. Seterusnya mengenal pasti sumbangan koperasi melalui penglibatan rantaian nilai dalam aktiviti agromakanan. Kaedah kuantitatif dan strategi penentuan sampel menggunakan kaedah bancian, di mana kesemua koperasi yang terlibat dengan aktiviti agromakanan diambil kira untuk pengumpulan data kajian. Kajian ini menggunakan laporan tahunan koperasi serta borang soal selidik bagi mendapatkan profil koperasi yang menjalankan aktiviti agromakanan. Dapatan kajian mendapati aktiviti tanaman padi menyumbang pendapatan tertinggi koperasi. Manakala, aktiviti penternakan pula menyumbangkan keuntungan tertinggi terhadap pelaburan. Seterusnya hasil dapatan analisa kewangan membuktikan bahawa koperasi terlibat dengan aktiviti rantaian nilai lebih daripada dua peringkat akan meningkatkan pendapatan. Namun, koperasi yang terlibat dalam satu peringkat rantaian nilai sahaja akan mencatatkan pendapatan paling rendah. Implikasi kajian ini diharapkan sektor koperasi melalui DAN 2.0 dapat memainkan peranannya dalam memperkasakan aktiviti rantaian nilai yang akan memberi impak positif terhadap aspek kewangan koperasi sekali gus menangani agenda keterjaminan negara pada masa hadapan.
No. of Downloads :
5