PERANAN GAYA KEPIMPINAN DAN AMALAN PERAKAUNAN PENGURUSAN KE ATAS PRESTASI KOPERASI DI SEMENANJUNG MALAYSIA (Role of leadership style and management accounting practices on cooperative performance in Peninsular Malaysia)

Publication Date : 31/10/2023


Author(s) :

Julizah Sabstu, Amizawati Mohd Amir.


Volume :
Volume 19
,
(2023)



Abstract :

Perubahan persekitaran perniagaan yang pesat mendorong sektor koperasi melaksanakan transformasi dengan usaha meningkatkan prestasi dan ia menjadi keutamaan selari dengan peranannya sebagai sektor ketiga dalam ekonomi negara. Prestasi koperasi perlu ditingkatkan dengan lebih baik melalui penekanan strategi dalaman yang cekap daripada ALK dan pihak pengurusan bukan sahaja memberikan kebaikan kepada koperasi seperti menjana pertumbuhan koperasi namun ia juga dapat meningkatkan sumber pendapatan dan pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu dengan berpandukan teori (teori berasaskan sumber), objektif kajian adalah mengenal pasti hubungan gaya kepimpinan ALK atau pihak pengurusan melalui transformasi dan transaksi dengan amalan perakaunan pengurusan (MAPs) serta MAPs dengan prestasi koperasi. Data diperoleh menerusi soal selidik yang dihantar kepada 190 buah koperasi melalui ALK dan pengurusan koperasi. Kadar respon sebanyak 76.8% iaitu sebanyak 146 soal selidik yang telah diisi dan dikembalikan. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif antara gaya kepimpinan transformasi dan MAPs serta MAPs dan prestasi koperasi. Namun, bagi gaya kepimpinan transaksi ia berhubung secara negatif dengan MAPs. Penemuan kajian mampu dijadikan input kepada agensi kerajaan khususnya koperasi dalam memantapkan amalan tadbir urus melalui amalan perakaunan pengurusan.


No. of Downloads :

7


Scroll to Top