ANALISIS KOMPETENSI ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI MENGGUNAKAN MODEL PENGUKURAN RASCH (Competence analysis of cooperative board members using the Rasch measurement model)

Publication Date : 31/10/2023


Author(s) :

Adila Hashim, Nur Yazira Hamsan, Siti Nuraini Abu Bakar, Azianti Ismail.


Volume :
Volume 19
,
(2023)



Abstract :

Kompetensi merupakan keupayaan atau kemampuan seseorang untuk menjalankan tugas atau kerja dengan baik. Penelitian berkenaan kompetensi anggota lembaga koperasi (ALK) masih kurang dijalankan dan dengan adanya penelitian ini diharap dapat membantu pihak koperasi untuk memperkasakan kompetensi diri serta boleh dijadikan usaha untuk melonjakkan prestasi koperasi. Kajian ini dijalankan ke atas 420 orang responden yang memegang jawatan sebagai Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dari koperasi berdaftar di Malaysia. Kajian kuantitatif ini bertujuan untuk menganalisis tahap kompetensi semasa ALK dan juga untuk menganalisis jurang kompetensi yang bercirikan kepada lima bidang utama pengurusan iaitu (i)pengurusan dan pentadbiran, (ii)pengurusan kewangan, (iii)pengurusan strategik, (iv)pengurusan tadbir urus, dan (v)pengurusan perniagaan. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan Model Pengukuran Rasch dengan Winstep 5.2.2.0. Hasil analisis kajian mendapati seramai 211 orang responden (50.2 peratus) memiliki kompetensi tinggi, 170 orang responden (40.5 peratus) memiliki kompetensi sederhana, dan 39 orang responden (9.3 peratus) memiliki kompetensi rendah. Melalui penelitian kajian ini juga mendapati bidang tugas pengurusan kewangan merupakan bidang pengurusan yang paling sukar untuk dilaksanakan oleh ALK. Implikasi kajian ini mencadangkan kursus yang bersesuaian dengan jurang kompetensi ALK dan diharap seterusnya dapat menjadi input penambahbaikan kepada kekurangan dalam kompetensi bagi tiga jawatan utama dalam koperasi. Kajian lanjut berkenaan kompetensi ALK ini boleh menjurus dengan lebih kritis berkenaan elemen yang terdapat dalam bidang pengurusan utama koperasi yang mempunyai tahap kesukaran tertinggi agar jurang kompetensi dapat dikenal pasti dan dibaiki dari masa ke masa.


No. of Downloads :

18


Scroll to Top