1 |
Author(s):
Mazdhee Mohamad Hussain.
Page No : 1-23
|
FACTORS INFLUENCING CO-OPERATIVE BUSINESS PERFORMANCE: A CONCEPTUAL FRAMEWORK
Abstract
In Malaysia, the co-operative movement started in 1922 with only 11 co-operatives and the number
increased to 14,834 as of December 2021. The government has undertaken vigorous efforts by providing
assistance programmes in the form of financial and non-financial support to intensify the co-operative
business performance. However, the contribution of co-operative to Malaysia’s gross domestic products
(GDP) is still insignificant. Furthermore, the management of the assistance programmes by the cooperatives must be taken into consideration to ensure the programmes meet their objectives. Hence, this
study aims to examine the factors influencing co-operative business performance by investigating the
relationship between financial support, non-financial support, and co-operative business performance.
In addition, this study investigates the moderating role of managerial competencies on the relationship
between financial support, non-financial support, and co-operative business performance. A conceptual
framework is developed, and four hypotheses are established to facilitate the validation of the study.
Theoretically, this study provides new insights into the body of knowledge, including the underpinning
theories namely resource-based view (RBV) and competency-based view (CBV), and practically
contributes information to the relevant stakeholders.
Keywords: Business performance, co-operative, financial support, managerial competencies, nonfinancial support
2 |
Author(s):
Nik Hadiyan Nik Azman, Mohamad Rasydi Abd Rashid, Ahmad Faizal Ahmad Shaaran, Ju Samsuddin Safian, Asha’ari Arshad, Nur Afifah Izzati Mokhtar.
Page No : 25-43
|
UNDERSTANDING THE DEMOGRAPHIC PROFILES AND FINANCIAL PERFORMANCES OF AR-RAHNU COOPERATIVES OUTLETS IN MALAYSIA
Abstract
Ar-rahnu is a micro-credit mortgage financing company with a large market potential. The popularity
of ar-rahnu stems from its support of cooperative principles, which enhance members financial
wellbeing. The ar-rahnu financing scheme has been rapidly expanding among banking institutions and
co-operatives in recent years. It is worthwhile to conduct in-depth research on the profiling of ar-rahnu
cooperative outlets in Malaysia to ensure future ar-rahnu sustainability. As a result, this study employed
a quantitative approach, distributing 455 questionnaires to ar-rahnu cooperative outlets in Malaysia
via both online and offline means. A total of 308 completed questionnaires were returned. The
information is then analysed with IBM® SPSS® Statistics software to determine the respondent profile.
The relationship between financial performance and selected variables such as zone, states, period of
ar-rahnu services, cooperative function, and number of employees at cooperatives is then examined
using a simple SPSS cross tab. The results show that ar-rahnu cooperative, which is in the central zone,
has been in operation for a longer time, provides services, and employs 4-6 people, contributes more
to financial performance stability. This study's findings will aid ar-rahnu operators and co-operatives
in developing strategies to improve their financial performance in the future. Also crucial is the need
to improve certain aspects of the ar-rahnu operation to ensure the financial sustainability of the
company.
Keywords: Ar-rahnu, cooperative, profiling, sustainability
3 |
Author(s):
Julizah Sabstu, Mohamad Rasydi Abd Rashid, Mohamad Kamarulzaman Mohamad Annuar Mus’adad.
Page No : 45-60
|
PENILAIAN KESESUAIAN TEMPOH BAYARAN BALIK DARIPADA PERSPEKTIF ANGGOTA DAN KOPERASI KREDIT DI MALAYSIA
Abstract
Pemulihan semula aktiviti ekonomi dalam kalangan koperasi dan pengurangan permasalahan
kegagalan bayaran balik pinjaman dapat diatasi dengan memanjangkan tempoh pembiayaan yang
bersesuaian. Bertepatan dengan situasi semasa, objektif kajian ini adalah untuk menilai tempoh
kesesuaian bayaran balik maksimum daripada perspektif anggota dan koperasi. Kajian ini
menggunakan metodologi kaedah gabungan dengan melibatkan instrumen soal selidik (664 orang
responden) dan temu bual (10 buah koperasi) dalam kalangan koperasi kredit di Malaysia. Dapatan
kajian ini mendapati bahawa kebanyakan anggota koperasi mencadangkan agar tempoh pembiayaan
dipanjangkan kepada maksimum 15 tahun dari tempoh asal iaitu selama 10 tahun. Tempoh pembiayaan
yang lebih panjang dapat membantu meringankan beban peminjam, dapat mengurangkan bayaran
bulanan dan mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Sebaliknya, perspektif koperasi
menunjukkan kebanyakan koperasi tidak bersetuju untuk memanjangkan tempoh pembiayaan dan ingin
mengekalkan kerana tempoh pembiayaan sedia ada yang membolehkan koperasi mempunyai
kecukupan modal dan dapat menawarkan pembiayaan kepada peminjam yang baharu. Sumbangan
kajian ini dapat dijadikan panduan dalam pembuatan keputusan yang strategik kepada pembuat dasar
dalam memanjangkan tempoh pinjaman sedia ada.
Kata kunci: Koperasi kredit, pembiayaan kredit, pinjaman, tempoh bayaran balik
4 |
Author(s):
Nor Alyani Abdul Razak, Farahaini Mohd Hanif, Nur Afifah Izzati Mokhtar.
Page No : 61-75
|
TAHAP KEPUASAN ANGGOTA TERHADAP MANFAAT DITERIMA DARIPADA KOPERASI KREDIT DI MALAYSIA(Level of members’ satisfaction towards member’s benefits received from credit cooperatives in Malaysia)
Abstract
Koperasi merupakan entiti perniagaan yang ditubuhkan bukan sahaja untuk memperoleh keuntungan
tetapi juga untuk menjaga kebajikan dan memberi perkhidmatan kepada anggota. Koperasi kredit di
Malaysia bukan sahaja boleh memberikan perkhidmatan kredit dengan lebih mudah kepada anggota
masing-masing kerana prosedur pemberian kredit yang kurang ketat berbanding institutsi kewangan lain,
tetapi hasil daripada pendapatan aktiviti kredit tersebut juga akan diagihkan kepada anggota dalam bentuk
manfaat kewangan dan bukan kewangan yang diperoleh anggota koperasi. Tahap kepuasan anggota
biasanya diukur berdasarkan manfaat yang diperoleh oleh anggota dari koperasi. Bertepatan dengan
situasi semasa, objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap kepuasan kesejahteraan anggota yang
diterima dari koperasi kredit dalam bentuk manfaat kewangan dan bukan kewangan. Kajian ini
menggunakan metodologi kaedah gabungan dengan melibatkan instrumen soal selidik (664 orang
responden) dan temu bual (10 koperasi) dalam kalangan koperasi kredit di Malaysia. Dapatan kajian ini
mendapati secara keseluruhannya anggota koperasi mengiktiraf sumbangan koperasi kredit dalam
mensejahterakan kehidupan mereka di mana tiga perempat daripada jumlah keseluruhan responden
berpuas hati dengan sumbangan koperasi terhadap kesejahteraan anggota. Dividen dan khairat kematian
merupakan manfaat kewangan utama yang diperoleh dari koperasi manakala kebanyakan responden
menyatakan yang mereka penah mendapat manfaat bukan kewangan dalam bentuk khidmat nasihat dari
koperasi masing-masing. Majoriti responden koperasi pula bersetuju bahawa koperasi kredit banyak
memberikan sumbangan dengan mewujudkan kumpulan wang kebajikan khusus untuk anggota.
Kata kunci: Kesejahteraan, koperasi kredit, manfaat koperasi, pembiayaan kredit, tahap kepuasan
anggota
5 |
Author(s):
Hajar Azwin Mohamad Ashi , Rosmalina Che Yakzam , Zaharatul Laili Zakaria, Arfizawati Abd Hadi, Azlifah Abas, Romaizah Abd Kadir.
Page No : 77-90
|
PENGLIBATAN KOPERASI DALAM PERNIAGAAN ONLINE DI MALAYSIA: FAKTOR-FAKTOR KEKANGAN (Cooperative’s involvement in online businesses in Malaysia: Constraining factors)
Abstract
Perniagaan online merupakan perniagaan yang menggunakan Internet sebagai medium perantaraan
antara penjual dan pembeli. Platform ini merupakan cabang baharu yang dapat merancakkan
ekonomi koperasi sekali gus dapat melestarikan perniagaan koperasi mengikut peredaran masa kini.
Namun penglibatan koperasi dalam perniagaan online masih lagi kurang. Bagaimanapun, jumlah
kecil koperasi yang terlibat dalam perniagaan online dipercayai berpunca daripada kekangan
tertentu. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekangan yang dihadapi semasa
menjalankan perniagaan online oleh koperasi. Kajian ini melibatkan 92 buah koperasi melalui data
yang diperoleh daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan koperasi yang menyertai
program Pemerkasaan Digitalisasi Koperasi (CODE) anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa).
Kajian ini menggunakan kaedah banci (census) iaitu kesemua populasi kajian ini terdiri dari koperasi
yang telah menjalankan perniagaan e-dagang di Malaysia. Hasil analisis menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS) membuktikan faktor kekangan iaitu faktor risiko dan
kekurangan kecekapan pekerja mempunyai hubungan yang signifikan terhadap prestasi koperasi.
Kata kunci: E-dagang, kecekapan pekerja, koperasi, perniagaan online, prestasi koperasi, risiko
6 |
Author(s):
Azmaliza Arifin, Yusman Yacob , Amalina Ibrahim.
Page No : 91-119
|
KOPERASI WANITA DI MALAYSIA: ISU DAN CABARAN (Women’s cooperatives in Malaysia: Issues and challenges)
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk melihat isu dan cabaran koperasi wanita di Malaysia. Objektif kajian adalah
untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh koperasi wanita dalam mengembangkan
perniagaan, menilai impak COVID-19 ke atas aktiviti perniagaan dan mengenal pasti bentuk bantuan dan
sokongan yang diperlukan untuk memperkasakan koperasi wanita. Kaedah kuantitatif dengan pendekatan
soal selidik atas talian (google form) digunakan untuk mengumpulkan data. Kajian ini menggunakan teknik
pensampelan rawak mudah dan hanya seorang wakil koperasi wanita memberikan maklum balas iaitu
anggota lembaga, juruaudit dalaman, ahli jawatankuasa dan pengurus/eksekutif. Antara isu yang dihadapi
oleh koperasi wanita ialah anggota kurang melibatkan diri dalam aktiviti koperasi, masalah modal pusingan
perniagaan, dan masalah pemasaran produk. Cabaran yang dihadapi seperti kekurangan sumber modal,
kurang pengetahuan untuk menjalankan aktiviti koperasi, kurang sokongan ahli dan pengetahuan teknikal.
Kesimpulannya, penglibatan wanita dalam gerakan koperasi di Malaysia masih berada pada tahap yang
rendah. Berdasarkan isu dan cabaran, mereka amat memerlukan sokongan dan bimbingan daripada pelbagai
pihak khususnya aspek sokongan perniagaan dan latihan. Antara cadangan bagi membantu memperkasakan
gerakan koperasi wanita di Malaysia ialah pembudayaan dan kesedaran berkoperasi, penglibatan dalam
aktiviti-aktiviti perniagaan bernilai tambah, sokongan perniagaan koperasi dan pemerkasaan modal insan
melalui latihan, khidmat nasihat dan bimbingan.
Kata kunci: COVID-19, isu dan cabaran, koperasi, perniagaan, wanita
7 |
Author(s):
Tat-Huei Cham, Low Mei Peng, Yusman Yacob, Azmaliza Ariffin, Boon-Liat Cheng.
Page No : 121-132
|
THE PREDICTORS OF COOPERATIVE DIGITALIZATION ADOPTION AND THEIR RELATIONSHIPS WITH COOPERATIVE PERFORMANCE
Abstract
In the current competitive business landscape, digitalization has been acknowledged as one of the
significant competitive edges for businesses to ensure survival and remain relevant to the needs and
requirements of the market. It has been consistently reported that digitalization could help businesses in
crafting their strategies and planning their operational activities. Although there is burgeoning research
on the importance of digitalization, there is still limited knowledge about its impact on cooperatives. By
adopting the theory acceptance model (TAM) and innovation diffusion theory (IDT), this study contributes
to the field by investigating the antecedent influence of external and internal factors towards digitalization
adoption among cooperatives as well as the latter’s possible impact on the performance of cooperatives.
Data were collected from 256 cooperatives and the research model was analysed using both SPSS and
SmartPLS software. The findings confirmed that factors such as competitive pressure, government support,
top management support, and organization innovativeness positively influence digitalization adoption
intention among cooperatives, which in turn, influences their performance. Furthermore, discussion and
implications are provided to assist the cooperatives to develop successful digitalization adoption and to
ensure sustainability in the industry.
Keywords: Competitive pressure, cooperative, digitalization, government support, organization
innovativeness, top management support
8 |
Author(s):
Muhammad Ammir Haron.
Page No : 133-144
|
COOPERATE TO FUTUREPROOF FREELANCERS
Abstract
There is increasing interest in the gig economy and its popularity as a viable career profession,
especially among the youth. However, at the same time, there is indifference by the youth to joining
cooperatives in Malaysia, and if left unchecked, it may lead to its eventual demise. This concept paper
proposes attracting youth participation in cooperatives by remodelling platform cooperatives to protect
and promote the interests of freelancers. Utilising secondary data from the Malaysian Cooperative
Societies Commission Survey in 2018, the co-operators’ age composition reveals the need for more
youth involvement. In conclusion, cooperatives can futureproof freelancers’ fate, which in turn offers
much-needed youth reinvigoration to the cooperative sector. Equally important, as the gig workers’
labour force will only grow further, the author recommends safeguarding their interests through
freelancer cooperatives as the key to a sustainable gig economy.
Keywords: Cooperatives, gig economy, freelancers, youth, platform cooperatives
9 |
Author(s):
Azmaliza Arifin, Mohd Shahron Anuar Said, Nur Anizah Aziz, Sharina Abdullah.
Page No : 145-161
|
CABARAN DAN IMPAK PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) TERHADAP KOPERASI DI MALAYSIA (Challenges and impacts of implementation of the movement control order (MCO) on cooperatives in Malaysia)
Abstract
Wabak COVID-19 telah merebak ke seluruh dunia dan memberi kesan kepada semua sektor
terutamanya operasi perniagaan termasuklah sektor koperasi. Pelaksanaan perintah kawalan
pergerakan (PKP) di Malaysia oleh kerajaan melalui tiga fasa iaitu PKP 1.0, PKP 2.0 dan PKP 3.0
telah mengehadkan aktiviti ekonomi dan memberi impak kepada perniagaan. Kajian ini dijalankan
bagi melihat cabaran dan impak pelaksanaan PKP terhadap gerakan koperasi di Malaysia. Ini
merupakan kajian kuantitatif yang melibatkan 2,884 buah koperasi dari seluruh Malaysia sebagai
responden kajian. Analisis kajian secara deskriptif bagi mendapatkan peratusan dan analisis jadual
silang. Antara cabaran utama yang dihadapi oleh koperasi ialah masalah aliran tunai, kurang
permintaan oleh pelanggan, tidak dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu, kurang keupayaan
dalam teknnologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk menjalankan norma perniagaan baharu dan
gangguan rantaian bekalan. Hasil kajian mendapati majoriti (94.9%) koperasi terkesan dengan
pelaksanaan PKP. Impak ke atas perniagaan koperasi juga turut terjejas apabila berlaku penurunan
daripada segi pendapatan (79.2%), nilai jualan (77.6%), dan juga permintaan atau tempahan
(74.1%). Hampir separuh koperasi (45.8%) menyatakan operasi perniagaan mereka hanya mampu
kekal bertahan dalam tempoh kurang satu tahun. Kesimpulanya, koperasi memerlukan bantuan,
sokongan dan intervensi daripada pihak kerajaan untuk memastikan kelangsungan operasi
perniagaan.
Kata kunci: Cabaran, COVID-19, impak, koperasi, perintah kawalan pergerakan (PKP)