KOPERASI WANITA DI MALAYSIA: ISU DAN CABARAN (Women’s cooperatives in Malaysia: Issues and challenges)

Publication Date : 31/10/2022


Author(s) :

Azmaliza Arifin, Yusman Yacob , Amalina Ibrahim.


Volume :
Volume 18
,
(2022)



Abstract :

Kajian ini dijalankan untuk melihat isu dan cabaran koperasi wanita di Malaysia. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh koperasi wanita dalam mengembangkan perniagaan, menilai impak COVID-19 ke atas aktiviti perniagaan dan mengenal pasti bentuk bantuan dan sokongan yang diperlukan untuk memperkasakan koperasi wanita. Kaedah kuantitatif dengan pendekatan soal selidik atas talian (google form) digunakan untuk mengumpulkan data. Kajian ini menggunakan teknik pensampelan rawak mudah dan hanya seorang wakil koperasi wanita memberikan maklum balas iaitu anggota lembaga, juruaudit dalaman, ahli jawatankuasa dan pengurus/eksekutif. Antara isu yang dihadapi oleh koperasi wanita ialah anggota kurang melibatkan diri dalam aktiviti koperasi, masalah modal pusingan perniagaan, dan masalah pemasaran produk. Cabaran yang dihadapi seperti kekurangan sumber modal, kurang pengetahuan untuk menjalankan aktiviti koperasi, kurang sokongan ahli dan pengetahuan teknikal. Kesimpulannya, penglibatan wanita dalam gerakan koperasi di Malaysia masih berada pada tahap yang rendah. Berdasarkan isu dan cabaran, mereka amat memerlukan sokongan dan bimbingan daripada pelbagai pihak khususnya aspek sokongan perniagaan dan latihan. Antara cadangan bagi membantu memperkasakan gerakan koperasi wanita di Malaysia ialah pembudayaan dan kesedaran berkoperasi, penglibatan dalam aktiviti-aktiviti perniagaan bernilai tambah, sokongan perniagaan koperasi dan pemerkasaan modal insan melalui latihan, khidmat nasihat dan bimbingan. Kata kunci: COVID-19, isu dan cabaran, koperasi, perniagaan, wanita


No. of Downloads :

22


Scroll to Top