PENGLIBATAN KOPERASI DALAM PERNIAGAAN ONLINE DI MALAYSIA: FAKTOR-FAKTOR KEKANGAN (Cooperative’s involvement in online businesses in Malaysia: Constraining factors)

Publication Date : 31/10/2022


Author(s) :

Hajar Azwin Mohamad Ashi , Rosmalina Che Yakzam , Zaharatul Laili Zakaria, Arfizawati Abd Hadi, Azlifah Abas, Romaizah Abd Kadir.


Volume :
Volume 18
,
(2022)



Abstract :

Perniagaan online merupakan perniagaan yang menggunakan Internet sebagai medium perantaraan antara penjual dan pembeli. Platform ini merupakan cabang baharu yang dapat merancakkan ekonomi koperasi sekali gus dapat melestarikan perniagaan koperasi mengikut peredaran masa kini. Namun penglibatan koperasi dalam perniagaan online masih lagi kurang. Bagaimanapun, jumlah kecil koperasi yang terlibat dalam perniagaan online dipercayai berpunca daripada kekangan tertentu. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekangan yang dihadapi semasa menjalankan perniagaan online oleh koperasi. Kajian ini melibatkan 92 buah koperasi melalui data yang diperoleh daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan koperasi yang menyertai program Pemerkasaan Digitalisasi Koperasi (CODE) anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa). Kajian ini menggunakan kaedah banci (census) iaitu kesemua populasi kajian ini terdiri dari koperasi yang telah menjalankan perniagaan e-dagang di Malaysia. Hasil analisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) membuktikan faktor kekangan iaitu faktor risiko dan kekurangan kecekapan pekerja mempunyai hubungan yang signifikan terhadap prestasi koperasi. Kata kunci: E-dagang, kecekapan pekerja, koperasi, perniagaan online, prestasi koperasi, risiko


No. of Downloads :

21


Scroll to Top