TAHAP KEPUASAN ANGGOTA TERHADAP MANFAAT DITERIMA DARIPADA KOPERASI KREDIT DI MALAYSIA(Level of members’ satisfaction towards member’s benefits received from credit cooperatives in Malaysia)

Publication Date : 31/10/2022


Author(s) :

Nor Alyani Abdul Razak, Farahaini Mohd Hanif, Nur Afifah Izzati Mokhtar.


Volume :
Volume 18
,
(2022)



Abstract :

Koperasi merupakan entiti perniagaan yang ditubuhkan bukan sahaja untuk memperoleh keuntungan tetapi juga untuk menjaga kebajikan dan memberi perkhidmatan kepada anggota. Koperasi kredit di Malaysia bukan sahaja boleh memberikan perkhidmatan kredit dengan lebih mudah kepada anggota masing-masing kerana prosedur pemberian kredit yang kurang ketat berbanding institutsi kewangan lain, tetapi hasil daripada pendapatan aktiviti kredit tersebut juga akan diagihkan kepada anggota dalam bentuk manfaat kewangan dan bukan kewangan yang diperoleh anggota koperasi. Tahap kepuasan anggota biasanya diukur berdasarkan manfaat yang diperoleh oleh anggota dari koperasi. Bertepatan dengan situasi semasa, objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap kepuasan kesejahteraan anggota yang diterima dari koperasi kredit dalam bentuk manfaat kewangan dan bukan kewangan. Kajian ini menggunakan metodologi kaedah gabungan dengan melibatkan instrumen soal selidik (664 orang responden) dan temu bual (10 koperasi) dalam kalangan koperasi kredit di Malaysia. Dapatan kajian ini mendapati secara keseluruhannya anggota koperasi mengiktiraf sumbangan koperasi kredit dalam mensejahterakan kehidupan mereka di mana tiga perempat daripada jumlah keseluruhan responden berpuas hati dengan sumbangan koperasi terhadap kesejahteraan anggota. Dividen dan khairat kematian merupakan manfaat kewangan utama yang diperoleh dari koperasi manakala kebanyakan responden menyatakan yang mereka penah mendapat manfaat bukan kewangan dalam bentuk khidmat nasihat dari koperasi masing-masing. Majoriti responden koperasi pula bersetuju bahawa koperasi kredit banyak memberikan sumbangan dengan mewujudkan kumpulan wang kebajikan khusus untuk anggota. Kata kunci: Kesejahteraan, koperasi kredit, manfaat koperasi, pembiayaan kredit, tahap kepuasan anggota


No. of Downloads :

21


Scroll to Top