CABARAN DAN IMPAK PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) TERHADAP KOPERASI DI MALAYSIA (Challenges and impacts of implementation of the movement control order (MCO) on cooperatives in Malaysia)

Publication Date : 31/10/2022


Author(s) :

Azmaliza Arifin, Mohd Shahron Anuar Said, Nur Anizah Aziz, Sharina Abdullah.


Volume :
Volume 18
,
(2022)



Abstract :

Wabak COVID-19 telah merebak ke seluruh dunia dan memberi kesan kepada semua sektor terutamanya operasi perniagaan termasuklah sektor koperasi. Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di Malaysia oleh kerajaan melalui tiga fasa iaitu PKP 1.0, PKP 2.0 dan PKP 3.0 telah mengehadkan aktiviti ekonomi dan memberi impak kepada perniagaan. Kajian ini dijalankan bagi melihat cabaran dan impak pelaksanaan PKP terhadap gerakan koperasi di Malaysia. Ini merupakan kajian kuantitatif yang melibatkan 2,884 buah koperasi dari seluruh Malaysia sebagai responden kajian. Analisis kajian secara deskriptif bagi mendapatkan peratusan dan analisis jadual silang. Antara cabaran utama yang dihadapi oleh koperasi ialah masalah aliran tunai, kurang permintaan oleh pelanggan, tidak dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu, kurang keupayaan dalam teknnologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk menjalankan norma perniagaan baharu dan gangguan rantaian bekalan. Hasil kajian mendapati majoriti (94.9%) koperasi terkesan dengan pelaksanaan PKP. Impak ke atas perniagaan koperasi juga turut terjejas apabila berlaku penurunan daripada segi pendapatan (79.2%), nilai jualan (77.6%), dan juga permintaan atau tempahan (74.1%). Hampir separuh koperasi (45.8%) menyatakan operasi perniagaan mereka hanya mampu kekal bertahan dalam tempoh kurang satu tahun. Kesimpulanya, koperasi memerlukan bantuan, sokongan dan intervensi daripada pihak kerajaan untuk memastikan kelangsungan operasi perniagaan. Kata kunci: Cabaran, COVID-19, impak, koperasi, perintah kawalan pergerakan (PKP)


No. of Downloads :

20


Scroll to Top