PENILAIAN KESESUAIAN TEMPOH BAYARAN BALIK DARIPADA PERSPEKTIF ANGGOTA DAN KOPERASI KREDIT DI MALAYSIA

Publication Date : 31/10/2022


Author(s) :

Julizah Sabstu, Mohamad Rasydi Abd Rashid, Mohamad Kamarulzaman Mohamad Annuar Mus’adad.


Volume :
Volume 18
,
(2022)



Abstract :

Pemulihan semula aktiviti ekonomi dalam kalangan koperasi dan pengurangan permasalahan kegagalan bayaran balik pinjaman dapat diatasi dengan memanjangkan tempoh pembiayaan yang bersesuaian. Bertepatan dengan situasi semasa, objektif kajian ini adalah untuk menilai tempoh kesesuaian bayaran balik maksimum daripada perspektif anggota dan koperasi. Kajian ini menggunakan metodologi kaedah gabungan dengan melibatkan instrumen soal selidik (664 orang responden) dan temu bual (10 buah koperasi) dalam kalangan koperasi kredit di Malaysia. Dapatan kajian ini mendapati bahawa kebanyakan anggota koperasi mencadangkan agar tempoh pembiayaan dipanjangkan kepada maksimum 15 tahun dari tempoh asal iaitu selama 10 tahun. Tempoh pembiayaan yang lebih panjang dapat membantu meringankan beban peminjam, dapat mengurangkan bayaran bulanan dan mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Sebaliknya, perspektif koperasi menunjukkan kebanyakan koperasi tidak bersetuju untuk memanjangkan tempoh pembiayaan dan ingin mengekalkan kerana tempoh pembiayaan sedia ada yang membolehkan koperasi mempunyai kecukupan modal dan dapat menawarkan pembiayaan kepada peminjam yang baharu. Sumbangan kajian ini dapat dijadikan panduan dalam pembuatan keputusan yang strategik kepada pembuat dasar dalam memanjangkan tempoh pinjaman sedia ada. Kata kunci: Koperasi kredit, pembiayaan kredit, pinjaman, tempoh bayaran balik


No. of Downloads :

23


Scroll to Top