PENGARUH SISTEM PENGUKURAN PRESTASI KE ATAS PRESTASI PENGURUSAN KOPERASI DI MALAYSIA

Publication Date : 31/10/2019


Author(s) :

Mohd Shahron Anuar Said, Sharul Effendy Janudin.


Volume :
Volume 15
,
(2019)



Abstract :

Sistem pengukuran prestasi merupakan alat kawalan pengurusan yang berupaya menyelaras objektif dan matlamat strategik koperasi. Kertas ini membincangkan kesan sistem pengukuran prestasi ke atas prestasi pengurusan koperasi. Sistem pengukuran prestasi era baharu mempunyai elemen komprehensif, strategik, dinamik dan kontemporari yang perlu disesuaikan dengan persekitaran semasa sesebuah organisasi. Kelemahan dalam amalan tadbir urus koperasi dan kurangnya bilangan koperasi berjaya di Malaysia menjadikan kertas ini sesuai untuk dibincangkan terutama kepentingan amalan sistem pengukuran prestasi. Tinjauan literatur menunjukkan sistem pengukuran prestasi boleh mempengaruhi ciri-ciri dalaman pengurusan seperti kognisi dan motivasi pengurus yang seterusnya boleh mempengaruhi prestasi pengurusan. Pemantapan sumber modal insan seperti pengurusan koperasi boleh memberi kesan kepada kesinambungan prestasi koperasi secara agregat.


No. of Downloads :

23


Scroll to Top