Author(s) :
Volume :
Abstract :
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam Koperasi Kolej Vokasional. Kajian ini melibatkan unit analisis pelajar yang menganggotai Koperasi Kolej Vokasional di seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Kaedah analisis yang digunakan adalah deskriptif statistik dan regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan bahawa penglibatan pelajar dalam Koperasi Kolej Vokasional adalah tinggi. Kajian mendapati terdapat tiga faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar iaitu kemahiran, kepuasan kendiri dan manfaat. Hasil kajian mendapati faktor kemahiran dan kepuasan kendiri merupakan faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam Koperasi Kolej Vokasional. Implikasi kajian ini akan dapat membantu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pembangunan dan penggubalan dasar terutama melibatkan pembangunan keusahawanan dan koperasi dalam kalangan belia.
No. of Downloads :
8