SUMBANGAN KOPERASI FELDA KEPADA ANGGOTA

Publication Date : 31/10/2020


Author(s) :

Rahimah Abd Samad, Farahaini Mohd Hanif, Faiz Ahmad Yatim, Nur Shuhada Mohd Ali, Mohamad Haniff Mohamad Hashim.


Volume :
Volume 16
,
(2020)



Abstract :

Koperasi merupakan sebuah pertubuhan yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan ekonomi, sosial dan budaya. Akan tetapi, terdapat persoalan berkaitan apakah jenis sumbangan yang anggota perlukan sekaligus meningkatkan kesejahteraan hidup anggota. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti bentuk sumbangan koperasi yang terdiri daripada kewangan dan bukan kewangan, dan jenis sumbangan yang meningkatkan kesejahteraan anggota koperasidi Tanah Rancangan FELDA. Kaedah kuantitatif menggunakan borang soal selidik digunakan untuk memperoleh data yang diperlukan daripada responden kajian melibatkan seramai 432orang yang merupakan anggota koperasi FELDA yang mewakili semua kluster iaitu mikro, kecil,sederhana dan besar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa daripada segi manfaat kewangan, dividen (82.2%) merupakan manfaat kewangan tertinggi yang diperoleh anggota, diikuti denganelaun (76.7%), honorarium (45.8%) dan khairat kematian (21.1%). Daripada segi manfaat bukankewangan pula, manfaat tertinggi diterima ialah latihan dan pendidikan (27.8%), diikuti oleh kemudahan awam (19%), pekerjaan (8.8%), khidmat nasihat (7.4%) dan insuran berkelompok (7.2%). Daripada kajian ini, didapati sumbangan yang diperoleh oleh anggota koperasi FELDAadalah lebih berbentuk sumbangan kewangan berbanding bukan kewangan. Akan tetapi, hanya dua (2) sahaja sumbangan yang berkait rapat dengan kesejahteraan anggota iaitu biasiswa dan pekerjaan. Justeru itu, ini menunjukkan bahawa jika sesebuah koperasi ingin meningkatkankesejahteraan anggota, mereka boleh memberikan fokus kepada sumbangan biasiswa danpekerjaan. Kajian ini akan membantu koperasi memberikan sumbangan yang diinginkan oleh anggota koperasi.


No. of Downloads :

9


Scroll to Top