CIRI-CIRI UTAMA YANG MEMPENGARUHI AMALAN PUSAT PENGEDARAN KOPERASI DI MALAYSIA

Publication Date : 31/10/2020


Author(s) :

Norul Hayatie Hashim, Mohd Zaib Mat Yunus.


Volume :
Volume 16
,
(2020)



Abstract :

Penglibatan gerakan koperasi dalam aktiviti pemborongan dan peruncitan bukan asing lagi dalam usaha membantu mengurangkan kenaikan kos sara hidup masyarakat khususnya anggota koperasi. Penglibatan koperasi dalam sektor pemborongan amat relevan dalam membantu menstabilkan harga barang keperluan selain menangani isu bekalan barangan ke kedai koperasi melalui penguasaan rantaian bekalan (supply chain). Kajian ini bagi mengenal pasti ciri-ciri yang mempengaruhi amalan pengurusan pusat pengedaran koperasi di Malaysia khususnya bagi aktiviti pembekalan barangan keperluan pengguna seiring hasrat pihak kerajaan membantu isu kos sara hidup rakyat Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif dan sebanyak enam koperasi yang menjalankan aktiviti pusat pengedaran terlibat sebagai responden dalam kajian ini bagi mengenal pasti ciri-ciri utama yang mempengaruhi amalan pusat pengedaran koperasi di Malaysia. Enam ciri-ciri yang mempengaruhi amalan pusat pengedaran ialah tahun beroperasi, saiz gudang, jumlah SKU (stock keeping unit), logistik, jumlah tenaga kerja dan bilangan outlet. Akhir sekali kertas ini mencadangkan agar kajian lanjut dapat dilaksanakan untuk menguji ciri-ciri yang dinyatakan dalam mempengaruhi amalan pusat pengedaran koperasi di Malaysia.


No. of Downloads :

7


Scroll to Top