AMALAN PENGURUSAN PENGETAHUAN DI KOPERASI KLUSTER SEDERHANA DI MALAYSIA: SATU KERANGKA KONSEPTUAL

Publication Date : 31/10/2020


Author(s) :

Norul Hayatie Hashim, Faiz Ahmad Yatim.


Volume :
Volume 16
,
(2020)



Abstract :

Pengurusan pengetahuan (KM) adalah proses yang berkaitan dengan pembangunan, penyimpanan, pengambilan, dan penyebaran maklumat serta kepakaran dalam sesebuah organisasi bagi menyokong dan meningkatkan prestasi perniagaannya. Sesebuah organisasi perlu menyedari bahawa pengetahuan adalah sumber terpenting dan ianya harus diurus dengan bijaksana. Secara idealnya, pengurusan pengetahuan yang efisien dan baik juga mampu merangsang pertumbuhan melalui produktiviti dan inovasi bagi meningkatkan sumbangan sektor koperasi kepada ekonomi negara khususnya kepada gerakan koperasi kluster sederhana di Malaysia melalui KM yang berkesan. Koperasi merupakan entiti perniagaan yang memiliki aset pengetahuan (selain sumber manusia, kewangan, bangunan, kenderaan) yang perlu diurus dan digunakan untuk mencipta nilai baharu, budaya kerja, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Budaya kerja, produk dan perkhidmatan yang ditambahbaik ini boleh melonjakkan pencapaian sesebuah koperasi yang seterusnya membolehkan koperasi tersebut kekal kompetitif dalam persaingan dan menjana keuntungan untuk diagihkan kepada ahli koperasi dan seterusnya meningkatkan sumbangan sektor koperasi kepada ekonomi negara. Oleh kerana penyelidikan berkaitan amalan pengurusan pengetahuan koperasi di Malaysia agak terhad, penyelidikan berkaitan pengurusan pengetahuan khusus dalam konteks koperasi dicadangkan untuk memperolehi maklumat tepat dan semasa berkaitan pengurusan pengetahuan di koperasi. Kajian lanjut dan pengumpulan data dari pelbagai sumber akan mencadangkan satu kerangka konseptual berkenaan struktur pengurusan pengurusan pengetahuan bagi koperasi kluster sederhana di Malaysia.


No. of Downloads :

19


Scroll to Top