PERANAN RANGKAIAN SOSIAL DAN MOTIVASI TERHADAP TINGKAH LAKU PENGLIBATAN AKTIF ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI YANG MENTADBIR URUS KOPERASI

Publication Date : 31/10/2019


Author(s) :

Romaizah Abd Kadir.


Volume :
Volume 15
,
(2019)



Abstract :

Kertas konsep ini disediakan bagi memperluaskan pengetahuan dan meningkatkan pemahaman tentang tingkahlaku penglibatan aktif dalam kalangan anggota lembaga yang mentadbir urus koperasi. Berdasarkan laporan empirikal lepas, kertas ini mencadangkan satu kerangka teori kajian yang disokong secara konseptual untuk menerangkan peranan rangkaian sosial dan motivasi bagi menyingkap di sebalik proses lembaga iaitu tingkah laku penglibatan aktif. Struktur tadbir urus serta peranan anggota lembaga dalam tadbir urus diterangkan secara kritis khususnya dalam konteks organisasi koperasi. Isu-isu semasa berkaitan penglibatan berdasarkan penemuan dan kajian-kajian lalu turut dikupas bagi menggambarkan kepentingan penglibatan anggota lembaga dalam tadbir urus. Konsep tingkah laku penglibatan dalam kajian-kajian lepas turut dibincangkan bagi merumuskan konsep tingkah laku penglibatan aktif dalam tadbir urus koperasi. Ini termasuklah penglibatan anggota lembaga dalam menjalankan fungsinya secara sukarela sebagai pentadbir dengan mengambil bahagian secara aktif dalam membuat keputusan. Antara dimensi tingkah laku yang dikenalpasti ialah Anggota Lembaga berusaha mengakses maklumat untuk tujuan analisa dan penilaian, berupaya mengemukakan pandangan yang konstruktif dan berkonflik secara positif dalam membuat keputusan mengenai tadbir urus. Teori Kognitif Sosial yang disokong oleh Teori Penentuan Kendiri dijelaskan secara ringkas bagi menggambarkan fenomena tingkah laku penglibatan aktif berkait dengan rangkaian sosial dan motivasi Anggota Lembaga Koperasi. Akhir sekali kertas ini mencadangkan agar kajian lanjut dapat dilaksanakan untuk menguji pengaruh faktor rangkaian sosial dan motivasi terhadap tingkah laku penglibatan aktif Anggota Lembaga dalam tadbir urus koperasi


No. of Downloads :

8


Scroll to Top