Author(s) :
Volume :
Abstract :
Belia merupakan pelapis masa hadapan yang disifatkan sebagai aset negara yang mempunyai semangat tinggi serta penentu kejayaan program dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan belia dalam pengurusan tertinggi koperasi dan isu-isu serta cabaran yang mereka hadapi. Kajian ini melibatkan 300 responden terdiri daripada mereka yang berumur antara 18 hingga 40 tahun yang merupakan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) atau kakitangan yang terlibat dalam pengurusan tertinggi koperasi di semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Kaedah analisis yang digunakan adalah deskriptif, kolerasi dan regrasi berganda. Hasil kajian menunjukkan bahawa penglibatan belia dalam jawatan utama (Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari) koperasi adalah rendah. Minat merupakan faktor utama mendorong belia menyertai koperasi. Manakala, kepimpinan merupakan faktor paling mempengaruhi penglibatan belia dalam pengurusan tertinggi koperasi. Antara isu utama dalam pengurusan tertinggi koperasi yang dihadapi belia ialah kerjasama, perancangan aktiviti dan pengetahuan tentang koperasi. Manakala, kekangan masa dan keyakinan masyarakat pula, menjadi cabaran utama dalam pengurusan tertinggi koperasi.
No. of Downloads :
12