MODEL SISTEM PENGUKURAN PRESTASI KONTEMPORARI KOPERASI-KOPERASI TERBAIK MALAYSIA

Publication Date : 31/10/2018


Author(s) :

Sharul Effendy Janudin, Hartini Jaafar, Zuriadah Ismail, Mohd Shahron Anuar Said.


Volume :
Volume 14
,
(2018)



Abstract :

Sistem pengukuran prestasi merupakan alat pengurusan yang efektif untuk mengurus pencapaian objektif dan matlamat strategik koperasi. Kajian ini dijalankan untuk membina model sistem pengukuran prestasi kontemporari koperasi-koperasi terbaik Malaysia. Sampel kajian ini terdiri daripada pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli lembaga dan pengurusan koperasi 100 terbaik tahun 2016. 328 maklumbalas yang diterima telah dianalisis dengan menggunakan pendekatan persamaan pemodelan berstruktur (structural equation modelling). Dapatan kajian membuktikan sistem pengukuran prestasi yang diamalkan oleh pihak pengurusan koperasi adalah bersifat kontemporari. Tiga komponen utama sistem pengukuran prestasi kontemporari iaitu strategik, komprehensif dan dinamik didapati padan dengan model yang dibangunkan. Model sistem pengukuran prestasi yang dibangunkan ini boleh dijadikan panduan penggerak koperasi untuk memastikan aktiviti yang dijalankan sentiasa selari dengan objektif jangka panjang dan memenuhi inspirasi Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011 - 2020


No. of Downloads :

12


Scroll to Top