PENGLIBATAN KOPERASI DALAM INDUSTRI PELANCONGAN DI SABAH

Publication Date : 31/10/2017


Author(s) :

Najmah Nawawi, Shamsiah Syamsudin, Christina Andin.


Volume :
Volume 13
,
(2017)



Abstract :

Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai keindahan semulajadi dan keunikan sosio-budaya yang mampu menarik ramai pelancong berkunjung sama ada daripada dalam atau luar negara. Ini terbukti dengan jumlah ketibaan pelancong yang semakin meningkat ke Sabah. Secara tidak langsung, industri ini mewujudkan pelbagai peluang perniagaan pelancongan hiliran yang boleh diceburi oleh koperasi seperti penginapan, pengangkutan, restoren, taman, dan kedai cenderamata. Namun begitu, hanya 12 koperasi (0.98 peratus) sahaja yang bergiat aktif dalam perniagaan yang melibatkan aktiviti hiliran pelancongan tersebut. Ini jelas memberikan gambaran bahawa aktiviti hiliran pelancongan tidak popular dalam kalangan koperasi walaupun industri ini mempunyai potensi perniagaan yang sangat memberangsangkan melalui peningkatan berterusan jumlah pelancong yang berkunjung ke Sabah. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk memaparkan kejayaan koperasi yang menjalankan aktiviti hiliran pelancongan. Kajian ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk menarik minat dan kesedaran kepada koperasi tentang peluang perniagaan yang luas dalam industri pelancongan di Sabah. Kajian ini dijalankan dengan pendekatan kajian kes di tiga buah koperasi yang aktif dalam aktiviti hiliran pelancongan di Sabah. Data diperoleh melalui temu bual secara berkumpulan, temu bual secara individu dan analisis dokumentasi. Individu yang terlibat terdiri daripada Anggota Lembaga Koperasi, staf dan anggota koperasi. Hasil kajian menunjukkan koperasikoperasi tersebut mencatatkan peningkatan pendapatan yang berterusan dan setiap koperasi ini tidak hanya memberi fokus kepada satu aktiviti sahaja. Hasil kajian ini memberikan gambaran bahawa industri pelancongan mempunyai potensi besar untuk dimajukan oleh koperasi di Sabah.

Kata Kunci: Koperasi, Pelancongan, Prestasi, Potensi


No. of Downloads :

10


Scroll to Top