PEMATUHAN GARIS PANDUAN SKM: PENGURUSAN KOPERASI

Publication Date : 31/10/2017


Author(s) :

Siti Maimunah Jerni, Mohd Zaib Mat Yunus, Yusnita Othman, Noor Shafeeza Zainuddin.


Volume :
Volume 13
,
(2017)



Abstract :

Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan pengwujudan dan pematuhan Garis Panduan(GP) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi meningkatkan tadbir urus yang baik dalam koperasi. Penyelidikan ini melibatkan 35 buah koperasi yang dikategorikan sebagai koperasi berimpak sederhana dan besar yang dikelaskan sebagai koperasi Tier I dan Tier II oleh pihak SKM. Seramai 70 orang responden yang terdiri daripada Lembaga koperasi, pengurus, kakitangan dan Jawatankuasa Audit Dalaman(JAD). Penyelidik juga telah menetapkan bahawa kategori ketidakpatuhan kepada GP dinilai apabila didapati koperasi tidak mematuhi walaupun satu peruntukan dalam GP berkenaan. Daripada analisis yang dibuat mendapati hanya 13 buah koperasi yang patuh sepenuhnya GP pengurusan koperasi. Manakala 22 buah koperasi mempunyai pelbagai kesalahan ketidakpatuhan ke atas GP. Ketidakpatuhan ini kebanyakannya berlaku ke atas GP 14 : berkaitan dengan Pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi sebanyak 18 ketidakpatuhan, diikuti oleh GP 4 : Pelantikan dan Fungsi JAD sebanyak sembilan (9) ketidakpatuhan, GP 3 : Pelantikan dan pelantikan semula ALK sebanyak lima (5) ketidakpatuhan dan GP 26 : Juruaudit yang diberi kelulusan mengaudit di bawah subseksyen 61 (1) Akta Koperasi 1993 mempunyai satu (1) ketidakpatuhan. Walau bagaimanapun secara keseluruhan hasil penyelidikan ini mendapati koperasi tidak mempunyai masalah dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam pematuhan GP berkaitan dengan pengurusan koperasi.

Kata Kunci: Garis Panduan (GP), Ketidakpatuhan, Pematuhan


No. of Downloads :

6


Scroll to Top