PELAKSANAAN PENGURUSAN RISIKO DALAM GERAKAN KOPERASI DI MALAYSIA

Publication Date : 31/10/2017


Author(s) :

Ruzilah Abd Malek, Ahmad Faizal Shaarani Mohd. Shahron Anuar Said, Azmaliza Arifn, Intan Nur Azreen Mohamad Radzi.


Volume :
Volume 13
,
(2017)



Abstract :

Pengurusan risiko bagi sektor awam di Malaysia telah menjadi aspek penting dalam memastikan sesebuah organisasi mempunyai tadbir urus yang cekap, berkesan dan telus bagi menjamin pembangunan yang berterusan. Amalan pengurusan risiko yang berkesan di koperasi dapat mengawal atau mengurangkan tahap kerugian yang dialami oleh sesebuah koperasi. Sehubungan itu, kajian pengurusan risiko telah dilaksanakan terhadap 40 koperasi Tier 1 dan Tier 2 di Malaysia. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti profl koperasi Tier1 dan Tier 2 di Malaysia; mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan pengurusan risiko di koperasi, mengenal pasti kesedaran pihak pengurusan terhadap pelaksanaan pengurusan risiko dikoperasi dan mengenal pasti hubungan antara kesedaram pihak pengurusan terhadap keberkesanan pengurusan risiko di koperasi. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan perisian SPSS versi 21 bagi analisis statistik seperti deskriptif, kolerasi dan regresi. Sebanyak 194 (78%) borang soal selidik diperoleh daripada responden yang terdiri daripada pengurus besar, pengurus dan eksekutif pengurusan atasan koperasi yang terlibat dalam mesyuarat pengurusan atasan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan pengurusan risiko adalah lebih baik dalam kalangan koperasi Tier 1 berbanding Tier 2 kerana koperasi Tier 1 berimpak besar. Maka kesedaran koperasi Tier 1 adalah lebih tinggi berbanding Tier 2.

Kata Kunci: Koperasi, Pengurusan Risiko, Keberkesanan, Kesedaran


No. of Downloads :

4


Scroll to Top