PROGRAM TRANSFORMASI KEDAI RUNCIT KOPERASI: ANALISIS PENCAPAIAN PENGURUSAN PERNIAGAAN

Publication Date : 01/07/2015


Author(s) :

Noranita Mohd Nor, Norhayati Abdul Rahman, Nur Faeza Yahya, Roshidi Hassan.


Volume :
Volume 11
,
(2015)



Abstract :

Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) diperkenalkan pada tahun 2011 oleh kerajaan Malaysia untuk mengubah konsep tradisional kedai runcit kepada konsep yang lebih moden. Analisis perbandingan sebelum dan selepas TUKAR diperlukan untuk melihat pencapaian sebenar hasil daripada program TUKAR. Justeru, matlamat kajian ini secara khusus bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat peningkatan dari segi pencapaian pengurusan perniagaan kedai koperasi sebelum dan selepas program TUKAR dilaksanakan. Soal selidik telah diedarkan menggunakan kaedah pensampelan strata secara rawak dan sebanyak 102 orang (65.8%) Ahli Lembaga Koperasi dan Pengurus Koperasi yang mewakili kedai Coop Mart di seluruh Malaysia telah dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan semua aspek pengurusan perniagaan meningkat dengan ketara terutamanya aspek pengurusan kewangan. Ini membuktikan program TUKAR berjaya, berdaya maju dan wajar diteruskan.

Kata kunci: Program Transformasi Kedai Runcit ( TUKAR ), Program Transformasi Ekonomi, Entry Point Project (EPP) , Pengurusan Perniagaan, Coop Mart


No. of Downloads :

1


Scroll to Top