KEPERLUAN SETIAUSAHA KOPERASI BERLESEN DALAM KOPERASI

Publication Date : 01/07/2015


Author(s) :

Aishah Ariffn, Nasibah Ahmad, Rohalinda Ahad, Nor Arma Abu Talib.


Volume :
Volume 11
,
(2015)



Abstract :

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keperluan mewujudkan jawatan Setiausaha Koperasi Berlesen (SKB) dalam sektor koperasi. Sebanyak 687 buah koperasi telah dipilih mewakili 310 buah koperasi besar dan sederhana serta 377 buah koperasi koperasi kecil dan mikro. Kajian ini menggunakan kaedah perbincangan Kumpulan Fokus dan soal selidik yang diedarkan melalui pos. Perbincangan Kumpulan Fokus telah dilakukan terhadap tiga buah koperasi di Melaka yang telah menggunakan lebih 10 tahun perkhidmatan kesetiausahaan daripada sebuah frma setiausaha syarikat yang sama iaitu Syarikat UMG Sdn.Bhd. Antara perbezaan yang ditemui ialah dari sudut caj yang dikenakan adalah mengikut kemampuan koperasi dan kerja-kerja yang dijalankan bergantung kepada keperluan koperasi. Dapatan kajian telah menemukan beberapa faktor yang menjadi cabaran utama kepada Setiausaha Koperasi iaitu kekangan masa menjalankan tugas-tugas Setiausaha Koperasi dengan tugas hakiki mereka, elaun yang tidak setimpal dengan bebanan kerja dan tugas setiausaha yang terlalu membebankan. Analisis tabulasi silang telah dilakukan secara berasingan di antara Setiausaha dan Lembaga daripada koperasi besar dan kecil bagi mendapatkan maklum balas penerimaan SKB. Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua Lembaga bagi koperasi besar dan kecil bersetuju SKB diwujudkan dengan sebahagian tugas setiausaha diambil alih oleh SKB. Kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan antara Setiausaha di koperasi besar iaitu mereka tidak bersetuju SKB diwujudkan manakala Setiausaha di koperasi kecil bersetuju mewujudkan SKB dengan sebahagian tugas Setiausaha diambil alih oleh SKB.

Kata kunci: Setiausaha Koperasi Berlesen (SKB), cabaran setiausaha koperasi


No. of Downloads :

1


Scroll to Top