AMALAN PERANCANGAN STRATEGIK DALAM KALANGAN KOPERASI DI MALAYSIA

Publication Date : 01/07/2014


Author(s) :

Noor Zeeta Mohd. Ramli, Haslinda Sujak, Mohd. Safa’ai Said, Ruzilah Abd. Malek, Nurol’ain Mustapha.


Volume :
Volume 10
,
(2014)



Abstract :

Perancangan strategik dalam koperasi merupakan satu proses pengurusan bagi melakar strategi jangka panjang perniagaan demi mencapai matlamat penubuhan koperasi. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap amalan perancangan strategik koperasi dan mengukur kekuatan hubungan elemen serta perbezaan amalan. Sampel adalah sejumlah 660 buah koperasi atau lebih kurang 33% daripada populasi koperasi yang aktif dan berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Tujuh elemen utama dikenal pasti bagi memperihalkan amalan perancangan strategik koperasi iaitu struktur, pelaksanaan, matlamat, aktiviti, teknik, penambahbaikan dan kepentingan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan perancangan strategik dalam kalangan koperasi berada pada tahap menggalakkan. Malah kebanyakan koperasi mempunyai struktur dan pelaksanaan perancangan strategik yang rasmi. Kebanyakan koperasi juga menjalankan aktiviti perancangan strategik dengan teknik yang disarankan dalam beberapa model perancangan strategik. Hubungan antara elemen amalan perancangan strategik tersebut pula didapati kuat. Wujud juga perbezaan ketara antara elemen amalan perancangan strategik dengan kewangan koperasi (pendapatan, keuntungan, ekuiti dan aset) dan beberapa faktor demografk (pekerja dan zon). Perbincangan dalam kajian ini memberi gambaran tentang kepentingan dan penambahbaikan perancangan strategik dalam koperasi agar koperasi mampu berdaya maju dan berdaya tahan dalam pasaran perniagaan di Malaysia.

KATA KUNCI Perancangan strategik, elemen amalan, tahap amalan, pengurusan strategik koperasi.


No. of Downloads :

6


Scroll to Top