KUALITI PERKHIDMATAN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK

Publication Date : 31/10/2016


Author(s) :

Mohamad Haswardi bin Morshidi.


Volume :
Volume 12
,
(2016)



Abstract :

Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk mengenal pasti sejauhmana tahap kualiti perkhidmatan Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak berdasarkan elemen-elemen dimensi kualiti perkhidmatan. Objektif khusus bagi kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap persepsi peserta kursus terhadap elemen dimensi kualiti perkhidmatan Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak berbanding dengan perkhidmatan yang diperolehi mereka. Dimensi-dimensi kualiti perkhidmatan telah dibentuk berdasarkan model Parasuraman, Zeithaml dan Berry (1988) untuk mengukur dimensi Jelas/Nyata dan Fizikal (tangibles), dimensi kebolehpercayaan (reliability), dimensi tindakbalas (responsiveness), dimensi jaminan (assurance), dan dimensi prihatin (emphaty). Kaedah pengumpulan data adalah berdasarkan jawapan soal selidik daripada responden yang hadir berkursus di MKMCS. Analisa deskriptif statistik menggunakan ukuran peratusan dan min. Secara keseluruhannya, dimensi yang mempunyai min yang paling tinggi ialah dimensi prihatin dengan min 6.925 manakala dimensi yang mempunyai min yang paling rendah ialah dimensi Jelas/Nyata dan Fizikal (tangible) dengan min 6.032. Bagi ujian-t bagi melihat perbezaan persepsi peserta kursus terhadap kualiti perkhidmatan berbanding perkhidmatan yang diperolehi yang dilihat mengikut jantina, umur, jawatan di koperasi dan latarbelakang akademik peserta kursus, didapati tiada perbezaan diperolehi. Kesimpulan yang boleh dibuat dalam kajian ini ialah tahap kualiti perkhidmatan di MKMCS boleh dikatakan mencapai tahap yang sederhana tinggi berbanding tahap jangkaan awal responden.

Kata kunci: Dimensi kualiti, Kualiti Perkhidmatan, Maktab Koperasi Malaysia, SERVQUAL


No. of Downloads :

7


Scroll to Top