Faktor-Faktor Kritikal Kejayaan Perniagaan Kedai Runcit Koperasi di Negeri Sarawak
Publication Date : 01/07/2013
Author(s) :
Volume :
Abstract :
Kajian eksplorasi ini dijalankan bertujuan mengenalpasti profl serta faktor-faktor kritikal kejayaan koperasi yang menjalankan perniagaan kedai runcit di Negeri Sarawak. Profil koperasi yang menjalankan kedai runcit di Negeri Sarawak menunjukkan kebanyakan ia ditubuhkan sebelum tahun 1990 dan kebanyakannya bertumpu di kawasan luar bandar. Kebanyakan ia hanya menumpukan kepada satu jenis perniagaan sahaja tanpa adanya aktiviti-aktiviti sokongan perniagaan lain. Hasil kajian ini juga telah mengenalpasti terdapat enam faktor kritikal penyumbang dalam menentukan kejayaan sesebuah perniagaan kedai runcit koperasi di Negeri Sarawak yang terdiri dari faktor keusahawanan, sokongan, komunikasi, persaingan, susun atur dan pengurusan.
Kata kunci: Faktor-faktor kritikal, Koperasi, Kedai runcit
No. of Downloads :
7